Nuffnang Ad

Thursday, 9 February 2012

Minum petang bersama Kak Leeza

Hari nie Kak Leeza akan kembali ke Malaysia. Kak Leeza bukanlah pelajar tapi mengikut dan menemankan Kak Ina yang belajar disini. Dah lama Kak Leeza di Adelaide, kalau tak silap 3 1/2 tahun. Kak Leeza lah yang kami mula kenal masa menumpang dirumah Kak Azie dulu. Dia dan Kak Ina siap jemput Daddy Jack yang kebetulan ada course di campus Mawson Lake. So, semalam, we all datang melawat sekejap dirumahnya. Dah jumpa masa Sabtu lepas cos buat majlis kecil sikit di rumah Surah, tapi macam nak jumpa juga lagipun dah lama tak menjenguk rumah Kak Leeza nie. I tak sempat nak buat apapun, so beli roast chicken di Chicken Coop ajelah.

Kebetulan pulak, Liza Nizam dan Kak Has pun ada juga. Masing-masing terkejut bila dapat tahu Kak Leeza nak balik. But I hope is not Back for Good cos ada anak saudara Kak Leeza lagi disini yang baru setahun datang, Anip dan Darwin. Lagipun anak-anak Darwin, Dhiya dan juga yang baru lahir Adam memanggil Kak Leeza "Opah" (Kak Leeza nie orang Perak) so takkan la taknak datang nak tengok cucu, yer tak. Kak Ina sempat membuat Tiramisu Cake yang super duper sedap. Ohh my, I nie dah macam-macam makan di rumah orang, tapi entah bilalah nak cuba membuatnya.

Lama juga kami melepak disini. Lagipun dah lama tak jumpa Kak Has dan juga Liza. Macam-macam benda diborakkan. So Kak Leeza, all the best. Datanglah lagi menjenguk kawan-kawan yang masih ada disini. Penginapan tak perlu risau, boleh aje duduk FOC. Kak Ina pun akan balik tak lama lagi, tak tahu bila, but maybe before puasa. Hai la, ramainya nak balik tahun nie, menjelang Raya nanti, entah berapa keluarga aje yang tinggal....

2 comments:

  1. seronoknya makan2 kan...balik dan datang lagi...

    ReplyDelete