Nuffnang Ad

Sunday 12 May 2013

Kisah Ibu Saya


SELAMAT HARI IBU

Ini Ibu saya, Rohizah Ahmad yang dilahirkan pada 25 Disember 1953, Ibu saya berumur 59 tahun. Ibu saya sudahpun pencen dan sekarang menguruskan hal rumahtangga serta membuat beberapa kerja amal. Tahun ini, Ibu telahpun menjadi yatim piatu apabila Mak dan Tok Abah telahpun tiada.

Saya anak yang sulung, sebelum itu Ibu dah beberapa kali keguguran. Ibu melahirkan saya sewaktu Ibu berumur 24 tahun. Ketika itu Ibu ditinggal bersama Mak dan Tok Abah di Sentul. Saya ditatang bagai minyak yang penuh, maklumlah saya anak sulung dan juga cucu sulung belah ibu. Saya masih ingat lagi bila tiba harijadi saya, Ibu tak lupa untuk membuat sambutan hari lahir saya.

Banyak kenangan saya bersama ibu yang saya masih ingat sampai sekarang tetapi yang paling saya ingat bila Ibu sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan semata-mata untuk temankan saya belajar bila saya ambil SPM tahun 1996 1993. Itulah pengorbanan Ibu yang paling bermakna buat diri saya.

Ibulah yang menjadi Ayah dan juga Ibu bila Ayah sibuk menguruskan urusannya, menjadi makcik kantin yang mneyediakan makanan untuk kami semua, menjadi driver ke mana sahaja kami pergi, pergi sekolah dihantar dan diambil oleh Ibu sebabkan Ibu tak percayakan pakcik-pakcik van sekolah, pergi tuisyen pun Ibu yang hantar, adakalanya tunggu sampai habis waktu tuisyen. Ada masanya saya agak rimas juga bila Ibu yang ambil dan hantar ke sekolah sedangkan kawan-kawan yang lain dah boleh naik public bus untuk pergi dan balik sekolah tapi lama-lama saya sedar yang Ibu buat semua itu bukan bertujuan nak mengongkong kami semua tapi untuk menjaga kami agar tidak mudah terpedaya dengan pengaruh rakan-rakan sebaya.

Ibu juga mempunyai hobi yang lebih kurang sama dengan kami semua, adakalanya Ibu turut bermain bowling, lepak kedai mamak, sebabnya tak nak anak-anak rasa bosan duduk di rumah. Ibu pun turut tahu perkembangan semasa artis-artis agar ada benda yang boleh diborakkan dengan kami bila duduk semeja. Tapi adakalanya apa yang Ibu minat tak sama dengan kami semua, mcm cerita Korea. Itu kami tak tahu mana Ibu dapat minat tu. Bila start pegang remote ASTRO, maka bertukarlah Channel Mustika HD kepada Channel TV Korea sampaikan adakalanya berebut remote dengan cucu sebab cucu sibuk nak tengok ASTRO Disney Junior.

Ibu sempat melawat saya di Adelaide selama 2 minggu sahaja itupun rasa tak puas dan saya harap agar tak lama lagi Ibu dapat spend her time lagi dengan saya disini. Ibu adalah segala-galanya buat saya, tanpa Ibu siapalah saya. Ibu juga banyak memberikan tunjuk ajar buat saya, dari segi nasihat, petua serta perilaku untuk menjadi seorang isteri serta Ibu yang berjaya. Insyallah, saya akan cuba mempraktikkan segala yang diajari olehnya.

Semua social media Ibu ada, Facebook, Instagram, Webchat malahan Whatsapp pun siap ada laman sembang untuk gossip dan bertanya khabar buat kami adik beradik semua padahal sorang di ruang tamu dan sorang lagi di dapur. Ibu juga ada penyakit...penyakit typo error yang menyebabkan adakalanya kami pening memikirkan apa yang hendak ditaipnya dan tak sangka saya pun dah terkena penyakit itu juga.

Terima kasih buat Ibu untuk segala-galanya. Tak terbalas jasa ibu itu dengan apa sahaja benda dalam dunia ini. Yong doakan agar Ibu sihat sentiasa, sentiasa dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Semoga Ibu sentiasa dilindungi Allah SWT dari sebarang bencana. Yong selalu mendoakan kebahagian Ibu dan Ayah setiap kali lepas sembahyang. Insyallah, Yong akan cuba untuk menjadi anak yang baik buat Ibu dan akan cuba membalasa jasa Ibu buat Yong selagi yang Yong termampu.

Dan saya akan cuba untuk menjadi Ibu yang baik buat suami saya dan juga anak-anak saya Danish Imran dan juga Rayyan Irfan. Saya akan memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka, berusaha untuk mendidik mereka untuk menjadi anak-anak yang berjaya serta menghormati orang tua. Saya masih di peringkat untuk belajar menjadi Ibu walaupun anak dah masuk dua.  Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan saya serta kepincangan di dalam mendidik anak-anak. Saya tahu, ianya bukanlah satu tugas yang boleh dipandang ringan, ianya satu tanggungjawab yang besar buat saya. Insyallah, saya akan cuba untuk berjaya. Doakan saya yer.

Buat Ibu-ibu, bakal ibu yang membaca blog saya ini....
Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua. Anda adalah Ibu yang terbaik buat keluarga anda semua.
Muahsssss

3 comments:

  1. Happy mother's day to u too, Gina.
    Penyakit typo tu penyakit keturunan rupanya. haha

    Eh Gina amik SPM tahun 96?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam Is, terima kasih
      Nampaknya typo error bukan hanya bila guna telefon, guna laptop pun sama jugak. SPM pun boleh lupa ambik bila..tahun 1993 rupanya

      Delete