Nuffnang Ad

Thursday 10 October 2013

2, Meadow Avenue, Campbelltown

Setahun lebih I duduk di rumah saya di Meadow Avenue, Campbelltown. Sebelum ini I duduk di rumah unit 2 bilik, then after 1 1/2 duduk disitu we all decided untuk berpindah ke rumah yang lebih besar sikit untuk keselesaan. Rumah we all ni terletak betul-betul depan sekolah Danish so everytime loceng sekolah berbunyi memang dengar.

We all dapat rumah ni pun secara tak sengaja. Kebetulan masa tu hari sukan disekolah Danish and ada inspection dalam pukul 7 petang. Daddy Jack tanya whether nak pergi tak. Masa sibuk-sibuk mencari rumah tu mmg letih sangat especially bila tiada jawapan. So I cakap dengan Daddy Jack, this is gonna be our last inspection la, kalau dapat okay tapi kalau tak, kita stay ajelah kat rumah kecil kita tu. Bila sampai, rupanya the previous tenant orang Malaysia from Ampang. Dia dah beli rumah somewhere berdekatan and Agen rumah ni pulak orang Aussie but then berkahwin dengan orang Cina from Malaysia juga. After seminggu buat inspection, we all mendapat panggilan from Agen bahawa we all dapat rumah tu dengan kadar sewa AUD320 per week.

Ni bilik yang paling kecil, kat sini we all buat bilik toys aje untuk the boys atau anak-anak tetamu datang berkunjung ke sini, so tak perlulah bersepahkan ruang tamu dengan mainan.

Main bedroom, mmg besar sampaikan boleh letak satu double bed and 2 single bed. So bila summer atau winter, semua tido sekali cos nak menjimatkan penggunaan aircond dan juga kipas.

Bilik the boys, adakalanya menjadi bilik tetamu. Memang luas, bolehlah memuatkan 2 single bed. Ramai juga kawan-kawan yang baru datang, transit disini. Masa tu rasa best sangat rumah, ada kawan untuk bersembang. Tapi bila masing-maisng dah dapat rumah sendiri, kembali sunyi seperti sediakala.

Dapur I yang comel ini. Banyak aktiviti memasak dilakukan disini, banyak juga mencuba beberapa resepi yang baru. Semua persiapan open house, birthday party dibuat disini. One thing I yang tak pernah alami disini adalah rumah yang menggunakan dapur gas. Dua-dua rumah I menggunakan electric stove. Dulu ada aje my Adelaide's gang yang kata if guna electric stove ni bil mahal, tapi rupanya ada caranya macam mana nak menjimatkan kos. So far, Alhamdulillah taklah sampai rasa nak pengsan bila terima bil elekrik.

Main door, sedih pulak bila tengok-tongok balik all this gambar-gambar rumah. Banyak memori yang ada disini.

Hall yang sangat luas dan besar. Disinilah we all letakkan meja snooker dan juga foosball table, main bila ada masa lapang. Then kalau bosan boleh layan TV tengok Foxtel dan juga main game kat sini. Bila ada buat aktiviti makan-makan, penuh segenap pelusuk ruang dengan para tetamu yang riuh rendah  bersembang, gelak ketawa dan juga kanak-kanak yang lalu lalang.

One reason yang we all berpindah from our unit to is nakkan backyard untuk the boys bermain bola atau melakukan apa-apa aktiviti outdoor. Rumah lama dulu, backyard sangat kecik so nak main pun macam tak puas.

My hallway yang menghubungkan main entrance ke dapur dan juga hall.
 
Tuan rumah dan juga agen memujuk we all untuk terus tinggal disini, tapi apakan daya komitment kami lagi tinggi di Malaysia. Until now, rasanya rumah kami ini masih belum disewa kepada sesiapa maybe kerana harga rumahnya dinaikkan up to AUD340 per week. Rumah ini memang banyak menyimpan kenangan buat kami sekeluarga. Rumah inilah yang menjadi tempat meeting masa we all jadi AJK MyPSA, rumah transit kepada mereka yang baru sampai, majlis rumah terbuka, majlis hari jadi atau majlis casual. I pun tak sabar nak membuka all my stuffs yang dah sampai untuk disusun dirumah sendiri nanti.

5 comments:

  1. banyak kenangan terindah ye gina ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak Atty, mmg banyak menyimpan banyak memori kami disini

      Delete
  2. kenangan juga rumah ni pada kami... mula2 smpi Adelaide, sni laa kami bertandang for a week! - Faizah & Faizal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi, betul tu kan. Seronok aje masa tu bila ada kawan-kawan yang dtg ke rumah, ada jugaklah geng nak berborak

      Delete
  3. Tu la kan Ummi, bila balik sekolah boleh lambai melambai lagi

    ReplyDelete