Nuffnang Ad

Tuesday 22 October 2013

Bak Tailor

First time membawa the boys ke tailor untuk membuat baju Melayu, selalunya beli yang dah siap aje. Bila di Adelaide dulu, Ibu yang poskan baju-baju Melayu untuk Daddy Jack dan juga the boys. BAK Tailor menjadi pilihan untuk first experience mereka. Daddy Jack selalu menempah baju melayu di Bagutta Boutique di Pertama Complex tapi tak tahulah samada ada lagi kedai tu atau tidak sebab dah lama sangat tak menempah baju melayu.

We all menempah baju untuk majlis perkahwinan Kak Cik, dah terlewat pun sebenarnya cos hanya beberapa hari aje lagi ketika buat baju melayu ni tapi mujurlah BAK tak banyak menerima tempahan so bolehlah siap dalam masa 5 hari sahaja.

Tahun ni 2 kali kena buat baju Melayu, satu untuk majlis Kak Cik dan satu lagi untuk majlis perkahwinan adik Daddy Jack pada December nanti. Since dah buat kat BAK Tailor aje, just hantar kain and guna ukuran yang sedia ada aje, tak perlu ukur lagi sekali. Mujurlah BAK ni dekat aje dengan rumah, so tak perlu lah menempuh masuk Jalan TAR tu, sesak sangat especially during weekend.

Banyak juga pilihan lain lace disini, even baju yang eady made pun banyak yang cantik-cantik juga.

Baju songket yang ready made di dalam pelbagai warna, nampak cantik sekali. I rasa I ada sepasang kain songket yang belum dibuat baju lagi. Nak kena punggah kotak mencarinya. Bolehlah buat baju  kurung untuk dipakai jika ada sebarang majlis nanti.

7 comments:

  1. Menempah ni memang puas hati berbanding beli ready made. Baju2 songket tu nampak cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina
      Memang cantik pun, tapi tak terpikir pulak nak beli, takut nak pakai di kala panas-panas terik tu

      Delete
  2. ni bak tailor dekat mana ye yg gina pegi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi BAK yang dekat Ukay Boulevard tu aje

      Delete
  3. ni bak tailor kat mana ye yg gina pegi?

    ReplyDelete