Nuffnang Ad

Wednesday 30 October 2013

Birthday prep

Jun lepas we all buat birthday Danish di Wacky Warehouse di Adelaide, so untuk Ryan pun we all decided untuk buat di indoor playland juga, tak mahu la ada yang kecil hati tak buat birthday party. Since baru balik September, so tetamu jemputan pun hanya saudara mara terdekat ajelah sebabnya Ryan pun belum ada kawan sendiri kat sini.

Semua playland yang di KL ni attach dengan shopping malls so ada pro and cons dia yang perlu diambil kira like parking spaces and also the venue. Memang tak boleh comparelah dengan tempat Danish dulu dari segi tempat ataupun penyediaan makanan. We all kalau boleh nak sediakan makanan sendiri terutama untuk parents tapi kebanyakan indoor playland tak benarkan, kena ambil their own catering. Lama tak perkena latte yang best, mujurlah ada terjumpa di kala mencari playland yang sesuai untuk birthday Ryan.

Singgah Toys R Us kejap, nak tengok toys yang sesuai nak jadikan hadiah for birthday boy

As always, bila masuk mana-mana tempat toys, bukan anak aje yang seronok..bapak pun tak ingat dunia. Hmm, yang sedia beli berlambak-lambak dari Adelaide pun belum bukak kotak lagi, nak menambah yang version Malaysia pulak yer.

I tried to membuat cake and beberapa lagi project baking for Ryan's birthday. Buat mana yang termampu ajelah dulu, maklumlah barang-barang baking I banyak tersimpan lagi di dalam kotak-kotak.

From Great Eastern Mall, MidValley, The Garden, Curve dan juga di Bangsar Village we all membuat survey about the indoor playland, akhirnya we all decided untuk membuat di Jungle Gym berdasarkan tempat playland yang sangat best, bersesuaian dengan umur Ryan dan juga tetamu yang akan dijemput.

Seperti yang diminta dari Adelaide lagi, birthday Pirate dengan Jack and The Neverland as a theme. Dah buat beberapa persiapan awal dari Adelaide lagi, even dapat hadiah baju pirate yang diposkan khas dari a good friend of mine di Adelaide. Gambar sekitar majlis kena tunggu my photographer hantarkan gambar dululah, lagi jelas daripada gambar from handphone.


1 comment: