Nuffnang Ad

Sunday 29 December 2013

Frozen

Cuaca yang sangat baik bila we all nak keluar menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu. Tak plan pun nak keluar, just pagi tu lepas breakfast Daddy Jack ajak keluar, saja bawa the boys jalan-jalan. So, tak ada tempat lain, off to KLCC.

Bawa the boys pergi tengok Frozen after dah lama dok bisik kat telinga sebelum tidur nak pergi tengok Frozen setiap malam. Melompat la gembira dapat tengok wayang. We all tak book pun tiket, main terjah aje and mujurlah show pagi dalam pukul 1130 am tu masih belum penuh.

Sementara menunggu Daddy Jack membeli tiket, so kita pun pusing la satu TGV sambil tengok cerita-cerita best yang akan ditayangkan tahun 2014 nanti. I tak follow sangat The Hunger Games ni, itupun baru lepas tengok The Hunger Games yang pertama, then keluar pulak Catching Fire yang menurut peminat tegar die di Adelaide, lagi best dari yang pertama.

Sementara menunggu pukul show pukul 1130am tu, we all pun pusing-pusing dululah dalam KLCC tu tapi bila Daddy Jack menuju ke rumah hantu ni, I pun tak boleh nak cakap apalah. 3 lawan 1 dah tentulah the boys and bapaknya yang menang. I mengekor ajelah dari belakang.

Jenuh dah kita collect Superheroes punya mask ni Ryan, masih tersusun dalam kotak lagi.

Ingatkan masuh dalam ni, just tengok-tengok, belek-belek mana yang patut, aishhhh diangkutnya pulak sekotak besar LEGO Ninjago ni atas alasan kat Adelaide tak ada, sini baru jumpa.  Harga pun cukup buat Mummy pengsan, RM700 !!!!

Kes merajuk di kaunter bila Danish kena pegang Ryan punya set cos Ryan nak pegang Danish punya Ninjago. Biasa dah kes gini, nanti udahnya keluar tu Mummy jugak yang kena pegang dua-duanya.

Nampak tumbler ni, teringat kat Nadiya Halim di Adelaide yang merupakan peminat tegar Hunger Games ni, 

Sebelum movie start, haruslah beli caramel popcorn dan juga ice lemon tea. Alhamdulillah, the boys enjoyed sangat tengok Frozen walaupun rasa macam cerita yang sesuai untuk girls, but dengan adanya si Olaf tu so taklah rasa macam gegirl sangat, kan.

Lepas movie, then Daddy Jack pun nak tengok barangnya pulak tapi Ryan dah sibuk lapar la apa lah, then sibuk nak makan croissant sedap kat Starbucks ni.

 So tinggallah me and si kerinting ni, sambil makan croissant sedap katanya while Daddy Jack and Danish dok tawaf satu KLCC mencari barang. Entah apa yang DJ cari, I pun tak pasti.

Me and my hazelnut latte, not so badlah if anak sibuk nak makan croissanrt sedap walaupun terasa macam minum di kopitiam aje dah sekarang ni.

4 comments:

  1. anak2 dapat lego set ninjago bagai... mummy dapat hazelnut latte kopitiam-like jer. Kesian mummy.
    korang besar nanti, siap la mummy pau korang pulak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha, haruslah Mummy pau BMW pulak Is

      Delete
  2. kak, u beli lego kat TRU sbb nk collect points ke??
    sbb i pon kaki lego gak..
    tp selalu beli thru org2 kat fb je...
    cheaper compare to market price la...
    lego kat malaysia ni mahal betol tho kita dah ade our own legoland...
    compared to US price mmg nangis la..
    esp exclusive sets...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah jugak, kadang tu dah pernah redeem pun point tu sebabnya ada tu malas. Tapi mmg harga LEGO di Malaysia mahal la sikit, berbanding masa we all di Adelaide dulu

      Delete