Nuffnang Ad

Friday 27 December 2013

Malacca trip - Bayou Lagoon Park Resort

Now, sambung balik tentang our trip to Malacca. Ingatkan service di Hotel A'Famosa okaylah after beberapa tahun tak pergi rupanya teruk jugak. Bayangkan pagi tu masa bangun  tak ada air, then pihak hotel pun tak pasti nak buat macamana. We all teruslah check out pukul 8 pagi, then pergi ke Waterpark pulak. Susanan kat situ pun sama jugak teruknya, entah macamana cara mereka menguruskan tempat tu. Mungkin pada orang lain tak berkira, tapi pada I biarlah bayar mahal tapi service bagus so semua orang puas hati. We all decided malas lah lagi nak ke A Famosa Melaka ni dah, cukuplah dengan apa yang we all alami, dengan service yang sangat poor, makanan yang kononnya disediakan dengan tiket masuk tapi kualiti of the foods sangat teruk. I tak boleh imagine macamana orang yang ada keluarga besar datang kesini, kesian mereka. Our kupon makanan pun I tak gunakan, sedekah kan ajelah pada keluarga yang lain. Serik dah.

So mandi tak sampaipun sejam, so we decided untuk tukar hotel lain pulak di bandar Melaka yang nampak macam best jugak. On the way ke bandar Melaka, singgah kejap di UiTM Lendu, Alor Gajah, tempat me and Daddy Jack belajar dan bercinta dulu.

Inilah drawing studio we all dulu, dari Part 01 till Part 03 kat sini, duduk belajar drawing sampai 5 jam dalam keadaan panas berlengas. Now, dah ada aircond, and nampak cantiklah la sikit.

So we all kembali menuju ke destinasi seterusnya ke bandar Melaka, ingatkan okaylah lalu town rupanya penuh dan sesak dengan kenderaan yang nak datang bercuti ke Melaka. Berjam jugaklah we all terperangkap didalam kesesakan.

Sampai je we all di hotel yang baru ni, masing-masing semua kelaparan so makan dululah di Coffee House sementara menunggu check in bilik at 3pm. Masa we all sampai tu, buffet spread pun dah nak habis so we all makan ala carte ajelah tapi mata ni tak melepaskan sepinggan kuih serimuka yang menarik ini. Terpaksalah menebalkan muka tanya waiter tu samada boleh tak beli aje kuih ni instead of nak bayar untuk harga buffet tu, tapi mujurlah Chef baikhati so dia cakap kuih ni pun banyak berlebih so makan ajelah sebanyak mana yang kita nak makan, kira free ajelah.

I malas nak pikir makanan so order food yang disuggestkan oleh waiter aje, senang. Sedap jugak daging masak apa tah namanya dimakan dengan nasi putih serta fruit punch yang kapaoww tu.

We all decided lepak Bayou Lagoon Park Resort pulak di Bukit Katil, biarlah bayar mahal sekalipun janji puashati dari A'Famosa Melaka tu.

Rasanya macam baru aje resort ni tapi ada juga masalahnya. Tak peraktikal dari segi penggunaan lif. Lifnya terlalu limited and sangat lambat. I datang pun time orang ramai, so ramai yang menunggu untuk naik ke bilik masing-masing. Lif itulah juga digunakan untuk tetamu, bell boy bawa barang naik ke bilik pun menggunakan lif yang sama, tiada lif khas untuk itu. We even terperangkap dalam lif, sampai phobis terus turun tangga aje. Hopefully pihak pengurusan kena memikirkan sesuatu about their lift services.


While the boys and Daddy Jack sibuk berendam dalam air and main water slides semua, I duduk tepi pool layan caffe latte sambil menikmati pemandangan yang menarik di sekitar pool.

The main attraction kat pool ini adalah the big slides, and ada a few slides juga. Tu yang membuatkan I pergi ke sini, so nampaklah sikit kelainan dari hotel yang lain. I rasa sekarang ni banyak hotel dah buat concept mcm ni , even JB pun dah buat mcm ni.

Lepas berkubang dalam swimming pool berjam-jam, bila naik ke bilik semuanya merengek kelaparan so we all pun malas sangat nak keluar cari makan so kita order room service ajelah. Sedap makanannya, especially the Nasi Goreng.

Orang Melaka kan bila ada kenduri kahwin depa memang suka ada bunga api, jenuhlah we all tengoh selama 2 malam disini.

 Breakfast dulu sebelum check out.

Nice view from our penthouse. A must visit place bila we all datang ke Melaka nanti, tak puas nak bercuti lagi. Banyak tempat tak sempat nak pergi like Hard Rock Cafe, menyusuri Sungai Melaka and yang paling utama sekali, melawat my favourite kakak masa di Adelaide dulu, Kak Shidah. Rindu giler-giler pada dia sekeluarga.
 

5 comments:

  1. firdaus mmg suka pergi sini .leh main air ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti we all pun nak gi sekali lagi kak Atty, hari tu mcm tak puas

      Delete
  2. cam best je resort ni, nak pi gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikLily Putih
      Memang sangat best, kita pun jadi macam budak-budak bila naik slide tu

      Delete
  3. ASSALAMMUALAIKUM
    Klu dtg melaka jemput menginap di rumah rehat kami
    HADYANIE HOMESTAY MALACCA
    taman tasek utama ayer keroh
    teres 2 tingkat 4 bilik
    rumah baru & besar sesuai utk big family
    cuma beberapa minit ajer ke BAYOU LAGOON
    whatsapp +65 97609941 -kak sue

    ReplyDelete