Nuffnang Ad

Wednesday 29 May 2013

Apple picking in Summertown

After berpicnic di Botanic Garden, we all bergegas ke Summertown untuk apple picking pulak. Mujurlah tempat di dibuka masa cuti Anzac Day cos selalunya Summertown dibuka during weekend aje.

Dah 3 kali pergi sini, so inilah kali terakhir picking apples so lepas ni picking di Giant atau Cold Storage ajelah nampak gayanya.

 The boys will miss this moment with their friends here in Adelaide

Masa mula-mula sampai nilah aktiviti pertama yang we all buat, Ryan kecil lagi. Baru setahun lebih and now dah nearly 5 years old dah pun. Dulu takut nak picking and now dah pandang pilih his own apples.
 
Hanya ada satu aje pokok pear dalam ladang ni, kebetulan buahnya dah tak banyak. Mana ada galah nak jolok so sebabkan nak juga merasa buah pear, terpaksalah gagahkan diri untuk memanjatnya.

Yang lama dan yang baru...yang lama dah cemuih dah pi picking hope yang baru meneruskan tradisi memetik apple disini.

Buah-buah apple yang bertaburan di tanah, ada yang elok, ada yang dah makan burung.

Its time untuk menimbang hasil petikan yang tak sampai pun sejam. Itupun dah penuh baldi tu dengan apple yang pelbagai jenis.

Setiap kali apple picking, Surah memang akan bawak balik satu beban apple macam ni. Anak-anaknya memang pemakan buah-buahan. Mujurlah we all nak balik Malaysia so petik banyak-banyak bawa balik. If not hanya Daddy Jack and me aje yang menghabiskannya.

Apple picking yang memang happening bila tiap kali datang berkunjung ramai-ramai begini. Tapi tak sama macam masa mula-mula kami sampai dulu, buahnya sangat besar dan banyak. Maybe sebab dah penghujung so dah tak banyak pun. Tapi tetap enjoy juga.
 

Autumn in Mount Lofty

Lepas berpicking strawberry, we all decided untuk berpicnic pulak di Mount Lofty Botanical Garden untuk menikmati pemandangan yang cantik di sana. I pun tak pernah sampai lagi disini tapi some of my geng cakap bila autumn memang cantik pemandangan disini.

We all melepak di tepi bukit ni, sebab senang anak-anak nak main guling-gling dari atas turun ke bawah sambil mak pak duduk dibawah bersembang dan juga makan.

Sebelum main, perut kena isi dulu dengan pelbagai jenis makanan yang masing-masing bawa dari rumah. Bentang tikar, pasang kerusi memang terbaiklah makan walaupun cuaca agak sejuk.

Picnic versi orang Melayu di Adelaide, siap angkut esky, makanan pulak bukan sikit-sikit. Siap ada nasi goreng, rendang ayam, ketupat palas, ayam bbq, nasi putih, kari daging. Kalau tengok mat salleh punya picnic, just bawa sebuku roti, tuna dalan tin aje.

Masing-masing muka penuh ceria bila dah power up energy dengan pelbagai makanan. Haish, ini baru beberapa famili aje yang join, belum lagi beramai-ramai. Kalau tak, sure lagi banyak makanan yang ada.

Hah, now boleh berguling-guling main after makan. Mujurlah tak ada yang termuntah pulak sebab golek-golek perut dah penuh.

We all nak ke satu tempat lain pulak, so tak boleh nak lepak lama-lama sebabnya tempat tu tutup pukul 5 then lagipun takut gelap pulak. So we kemas-kemas, solat then menuju ke destinasi seterusnya.

I will miss this secenery next year, this is my last Autumn in Adelaide. If ada rezeki boleh berkunjung lagi ke sini. Insyallah.

My last autumn in Adelaide......
 

Monday 27 May 2013

Ke kebun strawberry

Cuti Anzac Day lepas, that is sehari sebelum balik Malaysia we all sempatlah ajak some of our friends yang belum pernah atau dah merasa strawberry picking di Beerenberg Farm di Hanndorf. Saja aje menuhi waktu cuti ni, nak duduk rumah and makan-makan mcm dah selalu buat dah. Lagipun cuaca sangat cantik and memang bestlah berjalan waktu ni. Perjalanan menuju ke Hanhdorf mmg cantik especially bila tengok pokok-pokok yang mula menguning dan juga daun-daun yang mula luruh bila Autumn ini.

New things in Beerenberg Farm, dulu tak pernah nampak pulak ada cut out strawberry ni.

Ada lebih kurang 6 famili yang ikut rombongan ni. Me, Surah and Kak Zack dah beberapa kali datang sini tapi membawa family Is dan juga Izzat yang baru datang tahun lepas so ini kali pertama they all berpicking. Tak apa, you all lama lagi di Adelaide so nanti lepas ni boleh aje datang bila tiba time strawberry picking yang bermula from October till May. We all ni dah nak balik dah so ni last nak melawat ladang strawberry ini.

 Mana-mana pergi pun, the kids will have their own fun times

Tapi entah mengapa kali ni buah strawberrynya macam tak berapa nak menjadi, tak tahulah sebab dah nak lama autumn so dah ramai yang datang untuk picking so strawberry pun nak nak habis.

Dulu kecik aje si kerinting ni bila first time bawa picking strawberry tapi sekarang dah besar dah..ohhh how time flies so fast.


Kawan yang lama dan juga baru, nanti yang lama balik, tinggallah yang lama untuk meneruskan aktiviti picking bersama-sama kawan-kawan baru yang lain.

 Geng Kak Mah ke kebun strawberry

Rupanya baru we all tahu yang ada seorang artis nasyid yang baru sampai di Adelaide ni, Izzat from Miwarna. Baru sampai beberapa bulan yang lepas menemani isterinya yang belajar disini. 

Tak lama pun we all dalam ni, lebih kurang sejam aje then terus ke kaunter untuk bayar. Lagipun nak berhenti untuk lunch and solat dulu sebelum ke ladang seterusnya.

Zaim yang jadi bahan usikan ke mana sahaja.

Sunday 26 May 2013

Sabtu punya cerita

Sabtu pagi lepas, dalam pukul 12 tgh malam we all bergegas ke Emergency di WCH after malam tu Ryan menangis-nangis cakap his birdy sakit. Dia kan baru lepas bersunat so takutlah ada bengkak after main bola di padang petang Jumaat tu. Dengan suasana yang sejuk so we all menuju ke WCH, mujurlah orang tak ramai, ada 3 family aje yang menunggu. Ingatkan sekejap ajelah menunggu di Emergency tu sekali sampai 4 jam we all kena tunggu, then jumpa Dr pun tak sampai 30 minit. Dr pun tak tahu apa masalahnya cos katanya birdy Ryan looks okay, tak nampak bengkak ataupun luka. Tapi if anything happened lepas tu kena cepat-cepat dtg balik. I berdoa agar tak jadi apa-apa cos takj nak lagilah tunggu lama disini. Alhamdulillah, lepas tu okay aje. Menurut kawan-kawan yang tahu serba sikit hal bersunat ni, maybe Ryan mcm rasa ngilu untuk kencing ataupun rasa lain bila jahitannya dah lurut dengan sendirinya.

 Malam Sabtu tu juga, AJK MyPSA membuat majlis makan malam untuk pegawai imigresen Malaysia yang datang untuk membuat program mobile di Adelaide. Program mobile ini untuk memudahkan rakyat Malaysia di Adelaide untuk membuat segala urusan berkenaan dengan imigresen mcm renew passport, surat beranak dll tanpa perlu ke Melbourne atau Canberra. Mujurlah dinner tu we all tak masak, masing-masih ahli AJK yang lain berpakat-pakat masak then just makan aje di rumah I, kalau tak dengan sibuk dengan Ryan maunya pengsan dibuatnya. Alhamduliilah, makanan semuanya sedap-sedap dan ada berbagai makanan yang baru.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, makanan pun banyak habis dan sedap-sedap. Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir pada malam itu terutamanya kepada Nawal, Pegawai Imigresen yang merupakan kawan satu Uitm dulu. Ini tahun terakhir Nawal di Australia, cos awal tahun depan dah nak balik untuk berkhidmat di Malaysia balik.

Wednesday 22 May 2013

Get well soon, Hannan

Tiba-tiba I dikejutkan dengan berita adik I, Hannan dimasukkan ke Ampang Puteri sebab mengadu kakinya bengkak sampai tak boleh jalan. Ibu dan Kak Nyah yang bawa ke emergency then terus admitted sebab demam pun ada juga. Dah berhari-hari duduk APSH then Jumaat lepas baru lah Dr buat minor surgery, keluarkan air di lutut.

Kemuadian, Ahad lepas after dah keluar from APSH, kaki Hannan masih sakit lagi, bengkak lagi. Menangis la pagi-pagi tu menahan sakit so Ibu pun terus call ambulans sebab dah tak boleh nak jalan, kali ni ke Columbia Hospital pula di Setapak.

Teruslah admitted balik, bestlah dapat hospital baru. Semuanya mcm hotel. Service pun masih tip top lagi. Layanan mmg best, kata Ibu.

Tunggu Dr pun tak lama juga, mcm Ampang puteri sebab Drnya busy nak handle mcm-mcm kes lain.

Pagi tu Ibu ditemani oleh my BIL dan juga Uncle cos Ayah masih di Kuantan, baru on the way nak balik KL after ada occasion di sana.

  Dr yang merawat Hannan, Dr Shamsul Iskandar, pakar tulang disini.

Dr menerangkan dengan jelas apa yang terjadi pada kaki Hannan tu. Menurut Dr, koyakan tisu muscle mmg dah banyak tu yang menjadikan bengkak tambahan pula Hannan aktif main futsal so Dr kata, maybe terpaksa melupakan hasrat untuk bermain futsal lagi. Kesian Hannan !.

After buat MRI, Dr suggest terus buat operation semalam dalam pukul 4pm. So kena mula berpuasa dari pukul 9pg.

Bersedia untuk masuk ke OT Room. Sedih bila tengok gambar ini, sedih tak ada bersama-sama Hannan di waktu-waktu mcm ini.

 
Ibu cakap waktu ambil gambar ni, tahankan aje air mata tapi tak sanggup...gugur jugak air mata. Tak putus-putus I berdoa dari sini agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.

After 3 jam dalam OT, and I pun dah terlelap sekejap so tgk Ibu hantar gambar ini dan beritahu semuanya telahpun selamat. Terima kasih kepada Dr Shamsul Iskandar dan juga pasukannya kerana merawat Hannan.

 Ayah after meeting terus bergegas ke hospital. So far, Ibu cakap Hannan dah okay cumanya malam tadi asyik muntah sebab perut kosong tak makan, then ada pulak gastrik. Pagi ni katanya muntah dah kurang, perut pun tak sakit lagi. Get well soon, Hannan. Nanti nak datang Adelaide lagi.