Nuffnang Ad

Saturday, 7 June 2014

Kenduri kawin

Beberapa minggu lepas, balik sekejap ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu we all di sana. Jumaat lepas sekolah, dalam pukul 430pm bertolak balik ke Kuantan. Alhamdulillah, cuaca pun baik disepanjang perjalanan kami.

Singgah dulu di Gambang Watercity cos Ayah dan Ibu ada formal function yang perlu dihadiri malam itu. Lepak bilik yang disediakan untuk Ayah sampai pukul 2 am.

Pagi sebelum kenduri, Ibu ajak singgah makan di tempat baru.Ada laksa pahang yang menggunakan 2 jenis kuah, kuah putih dan juga merah.

Tepat pukul 12.30pm bergegas ke rumah pengantin untuk acara majlis perkahwinannya. Seronok dapat berjumpa sepupu, makcik-makcik yang memberikan layanan yang mesra buat kami sekeluarga sejak kami kecil lagi.

No comments:

Post a Comment