Nuffnang Ad

Wednesday, 18 June 2014

Gambar makanan lagi

Sejak balik Malaysia ni, dok rajin la mengambil gambar-gambar makanan, baik yang masak sendiri ataupun makan di kedai. Biarlah orang cakap yang suka mengambil gambar makanan ni sakit mental la apalah tapi ianya jadi satu kepuasan kepada diri I sendiri. Bagi gambar yang I masak tu, terpulanglah pada individu yang melihatnya. Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak tapi sekadar perkongsian sekiranya ada sesiapa yang nak minta resepi itu sahaja.

Keropok lekor ala-ala Losong yang dibeli masa balik Kuantan lepas. Goreng panas-panas sambil minum Nescafe panas, sedap juga.

Budak-budak balik sekolah, baru nak pikir nak masak apa. Menu selalunya adalah kari pilihan Danish.

Sesekali bila malam, teringin pulak nak makan waffle A&W. Mujurlah dekat dengan rumah and shopping mall tutup pukul 10pm. Kalau masa kat Adelaide, malam-malam semua aktiviti memasak kena buat sendiri.

 A big feast bila ada jemputan makan-makan

Bila Daddy Jack kena bertugas on Saturday, bawak la budak berdua ni keluar makan roti canai dekat dengan rumah.

Kalau tanya Kerinting nak makan apa, jawapannya adalah kuah asam pedas ikan. 

Permintaan dari kawan di Adelaide, teringin nak makan sambal hitam bila bulan puasa nanti. Sebalang ku kirimkan buat kawan-kawan yang masih berada disana, tanda ingatan dan kasih sayang..hehehehehe.

Diperkenalkan dengan tempat makan yang baru, Restoran RSMY di belakang Hospital Colombia di Setapak yang terkenal dengan roti nan cheesenya. Tandoorinya pun sedap juga.

 Makan cheese naan dengan beef keema memang sangat sedap

Dah lama tak buat Churros, sesekali buat dan cicah dengan Belgian Chocolate dan juga Salted Caramel memang sedap. Nanti nak buat lagilah, tak puas makan hari tu.

4 comments:

  1. terliur tgk makanan ni semua...:)

    ReplyDelete
  2. kak.. nanti lynn hadiah dulang ..sian asyik pakai chopping board je hihihihiih

    ReplyDelete