Nuffnang Ad

Tuesday, 24 June 2014

Ryan oh Ryan

Dah dekat 6 bulan, Ryan bersekolah di Malaysia. Alhamdulillah he managed untuk menyesuaikan diri dengan suasana disini. Sekolah yang bermula at 8am dan habis at 3pm memang agak meletihkan juga. Tambahan pula, ada beberapa kelas yang we all masukkan dia di kindy like taekwando so balik sekolah tu, 5 minit lepas masuk kereta memang lentok punyalah.

Balik sekolah kalau tak letih sambung la baca buku BM sekejap, then afther that sambung main di luar. Malam dalam 30 minit buat Maths, Bahasa Arab dan juga English sikit.

Lepas Maghrib, dah settlekan dinner sambil tu ada ajelah benda yang nak diborakkan psl sekolah la, kawan dia la takpun pasal teachernya. Selalunya makan kena bersuap tapi memang lama lah nak habiskan sepinggan nasi tu sebabnya melayan dia bercakap.

Sangat ketara perubahan si kerinting ni..yang baju merah tu gambah buat passport lepas kena sound dengan Immigration Australia bila gambar kat passport masa umur 6 bulan, so muka agak lain sikit. Yang baju biru tu masa umur dalam 1 tahun nak buat passport juga tapi sebelum pergi Australia. Baju kotak-kotak gambar terkini yang diambil bulan December lepas sebab nak gambar untuk uruskan hal sekolah.

Kalau bab bahasa Arab memang I surrender la sebabnya tak berapa mahir sangat, so sekarang ni memang tengah mencari guru bahasa Arab ini untuk mengajar Danish dan juga Ryan. Try juga tanya cikgu sekolah Danish tapi belum ada feedbacknya.Ada sesiapa yang berminat?
 

2 comments:

  1. suke tengok rayyan.
    cute sangat si kerinting ni..
    hihi

    ReplyDelete