Nuffnang Ad

Tuesday, 25 November 2014

Saturday market

Sesekali breakfast ala-ala mat salleh la pulak, selalu sangat bermamak sampai dah tak tahu nak order apa. Sesekali lepak cafe, sambil makan egg benedict sedap juga. Kalau yang dikedai memang sedap sentiasa la kan.

 Budak ni dapat roti toast dengan Nutella, senanglah hidupnya

I just makan plain croissant with butter and jam ajelah, malas nak makan berat-berat, nanti berat pun naik

 Hmm, he can't get over Aus-trey-lia

Kat depan tu ada pulak buka carboot sale, alamat teringat pulak la zaman di Adelaide dulu aktiviti kami sekeluarga setiap hari Ahad, mengunjungi carboot di Marion ataupun di Brighton. Memang giler kalau ke sana, ada banyak barang esp toys yang murah-murah. So jom kita jenguk carboot style Malaysia pulak.

Konsep lebih kurang sama mcm di Adelaide, menjual pelbagai barangan pinggan koleksi lama-lama.

Sekarang ni kan trend orang dok mengumpul pinggan-pinggan lama zaman tok nenek kita untuk buat koleksi, kat sini memang ada banyak sangat. Tapi I tak membeli, Daddy Jack dah sound no more mengumpul harta karun mcm kat Adelaide dulu.

Tersangkut pulak dengan koleksi-koleksi LP lama, terjumpa pula yang berkenan dihati

Balik terus ke dapur masak pun yang simple-simple ajelah, since hari hujung minggu so ada banyak aktiviti lain yang nak dibuat.

Dah puas dengan LEGO, XBox and Playstation so kita kembali kepada mainan asal budak-budak kampung dulu, main ceper ataupun tutup botol.
 

No comments:

Post a Comment