Dah lama tak membaking ni so bila ada permintaan untuk buat cake, tak dapatlah nak menghampakan. Lagipun dah lama juga tak makan cake, tak suka sangat makan cake from Secret Recipe cos rasa dah muak sangat dah. Sesekali makan cake yang buat sendiri rasa sedap la sikit.
Tema majlis berkonsepkan pool party so warna cake pun kenalah blue ombre cake.
Cake siap dibakar dalam pukul 2 am sehari sebelum majlisnya, masuk dalam chiller and tunggu make up bila nak ke majlisnya nanti.
Banyak program juga pagi tu, so we all terpaksa berpecah. I kena bawa Danish ke sekolah cos ada Hari Kecemerlangan Kepimpinan disekolah. Danish ada merima anugerah hari tu so drop him off kejap.
Daddy Jack pula kena bawa Ryan ke his soccer tournament di Subang for Halloween Cup.
Gambar kiriman cikgu kelas Danish thru Whatsapp. Hanya pelajar sahaja ke majlis ni, mak ayah tak perlu ada pun. Apapun, Tahniah Danish diatas anugerah kepimpinan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang diterima.
Sementara anak-anak tak ada, process make up cake pun bermula. Resepi buttercream Donna Hay menjadi pilihan.
Lunch pun hanya beli from kedai mamak aje, peria tu yang tak dapat menahan godaan
Siaplah cake yang berkonsepkan pool party
Not too sweet, but a bit bluey inside
Haqq yang bersantai sampai tak muat pool
Malam tu pun ada another birthday party our cousin, buat di Kafe Skrin di Ukay Boulevard aje.
Book satu tempat untuk semua sanak saudara berkumpul di luar, tak ganggu pelanggan kat dalam makan cos we all ramai yang ada anak-anak kecil, so takut ada yang tak selesa pulak.
Kebetulan pula ada siaran bolasepak secara langsung, bertambahlah bisingnya sebab ramai peminat-peminat bola dalam keluarga we all ni.
Bagus jugak duduk kat luar, lapang aje. Nak bising, gelak ketawa even bersorak bila gol pun tak kisah sebab tak ganggu orang lain.
Antara makanan yang Ayah Da order, satay tu sedap sangat so makan sampai puas. Mee Gorengnya pedas but still sedap juga. Apapun, malam tu kenyang semuanya. Dapur pun tak berasap sebabnya dari pagi sampai ke malam makan di luar sahaja.
Wah..cam menarik kafe skrin tu. nk kene plan tuk try nie.
ReplyDeletePergilah try Alyaa, sedap makanannya
ReplyDelete