Nuffnang Ad

Monday, 3 November 2014

WWE Live in Malaysia

WWE akhirnya datang juga ke Malaysia, katanya penantian selama 12 tahun. We all dah 2 tahun berturut-turut tengok WWE secara live, satu di Melbourne and satu lagi di Adelaide. Kali ni tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan di KL pula. Daddy Jack bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tiket khas untuk sesi bertemu peminat untuk anak-anaknya. Entah macamana nasib menyebelahi nya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Daddy Jack lah yang bersungguh-sungguh untuk membuat segala persiapan, poster untuk anak-anaknya. Sanggup tidur lambat untuk menyiapkannya.

 Lukisan kreatif hasil kerja tangan Daddy untuk anak-anaknya

We all pergi pada hari pembukaan, 10/10. Lepas Asar semuanya bergegas ke sana, makan pun dalam kereta aje. Alhamdulillah, dapat parking betul-betul kat depan pintu so tak perlulah berjalan jauh. Mungkin ramai yang menggunakan LRT untuk ke Stadium Putra Bukit Jalili ini so tak banyaklah kereta masuk.

Mereka bertiga kerana berada di dalam dewan at 530pm, hanya bertiga sahaja dibenarkan masuk so duduk luar la, masuk lambat sikit. Sambil tu bolehlah lepak-lepak sambil tengok gelagat orang ramai.

Jangankan gelagat orang ramai, anak sendiri pun sama juga excitednya dengan WWE ini.

Maka, menjadi tumpuan ramai yang ingin bergambar dengan mereka berdua ini.

Bersedialah mereka dengan gembira untuk masuk dan berjumpa dengan wrestler yang tidak diketahui siapa. Kat dalam tu baru tahu siapa.

Tinggallah I di luar sorang-sorang sambil beratur untuk menunggu giliran masuk

Tu dia !!!! orang ramai dah mula beratur panjang untuk masuk. Tengah-tengah beratur tu, perut pulak terasa lapar so I minta orang di belakang untuk jagakan kejap tempat I sebabnya nak makan kejap.

Yang ada hanya Subway aje, so dalam tu pun dah penuh dengan umat manusia yang dopk nak beli makanan sebelum masuk dalam hall.

 Our view

Semua peringkat umur ada, yang muda, kanak-kanak even yang tua pun tak ketinggalan juga.

 Bangga dia dengan poster hasil kerja Daddy

Layankan ajelah gambar-gambar sepanjang show berlangsung




 Excited habis si kerinting ni

Dah habis show, entah ada apa halnya dengan Danish, sempat jugaklah nak merajuk

 Amboi, semenjak ada Ipod sendiri ni, bukan main aje nak selfienya

Inilah hasil meet and greet dengan wrestler tu, I pun tak kenal siapa yang mereka jumpa, tapi mereka tahulah info orang tu.

Astro Stadium pun sempat membuat ucapan birthday untuk Ryan di lama FBnya. Kita pun tumpang seronok la bila anak-anak pun seronok, kan. 
 

4 comments:

  1. wah best tu... siap ble jupe..
    n cantik betul lukisan tu.. kreatippppp

    ReplyDelete
  2. cantiknye hasil kerjatangan daddynya... awesome..

    ReplyDelete