Nuffnang Ad

Monday, 19 October 2015

Jerebu oh jerebu

Hari ini sekolah ditutup kerana jerebu menalanda lagi, ini adalah kali keempat sekolah ditutup since September. Masa mula-mula sekolah ditutup rasa seronoklah tapi bila lama-lama makin bosan la pulak masalah jerebu yang tak habis-habis lagi ni.

 
Kejadian ni masa sebelum jerebu teruk yang melanda KL and then terus dapat cuti 2 hari. Sabtu tu, we all tak dapat apa-apa info psl cancellation tournament so we all pergi ajelah The Camp, One Utama. Sepanjang perjalanan tu rasa scary la juga melihatkan keadaan sekitar yang memang tak nampak apa pun.

Game tetap diteruskan juga walaupun ramai player yang tidak hadir gara-gara jerebu yang teruk.

Perlawanan menentang team Ombak FC, satu team yang agak menonjol sekarang semenjak keluar program Milo Jangan Gentar di Astro.

Balik bersukan, singgah makan di IKEA....singgah makan aje, habis makan terus balik ler.

Cuti hari pertama kes jerebu tu selama 2 hari semuanya duduk rumah aje, I bangun pagi-pagi then terus masak nasi lemak buat breakfast. Plan nak mengemas rumah so masak nasi lemak terus sampai makan untuk tengahari.

Mana boleh duduk rumah lama-lama, dahlah weekend pun duduk rumah, ni cuti jerebu 2 hari pun duduk terperap dalam rumah jugak...udahnya lepas makan tengahari berjimpa la ke IKEA, tapi pergi berdua ajelah, anak-anak diletakkan di rumah sepupu mereka, lagi rela main game dari ikut we all ni.

Ingatkan Isnin cuti orang taklah ramai, ehh ramai juga orang tapi taklah seteruk masa weekend. Still boleh berjalan tanpa sebarang gangguan dari troli yang bersimpang siur kan. Daddy Jack bersama kerusi idamannya, dari dulu lagi nak beli, senang nak minum petang diluar tapi sekarang ni jerebu, so minum petang di meja makan ajelah dulu ya.

Hari kedua cuti jerebu masih ada lagi, tapi kesian anak-anak sekolah cuti lama-lama pun bosan juga, kan.

Tak pergi sekolah, tengok TV ajelah, selain main game. Buku sekolah pun tengok sipi-sipi aje, kan. 

Training tetap diteruskan, so adik pun ambil kesempatan join abang sekali. Semua dah tahap bosan duduk dalam rumah, so kita bersukan la kejap, kan.

Hari ni cuti lagi, supposed anak-anak ada Peperiksaan Akhir Tahun tapi ditangguhkan paper hari ini pada 28/10 nanti. Alahai.......

No comments:

Post a Comment