Lama betul nak update cerita dari sambungan pertama. So dah sebuah persiapan, inilah hasil candy buffet yang dibuat 100% termasuklah cake nya sekali. Simple aje, mungkin kalau berbulan-bulan punya persiapan mesti lagi banyak nak buat. Ini pun penat, apatah lagi nak menambah yang lain.
Kali ni ada kelainan sikit, kita order makanan dari food truck yang sedang melonjak naik namanya, The Boys Food. Nanti I buat review pasal food truck ni, makanan memang sedap-sedap, kalau tak takkan sampai keluar program Jalan-Jalan Cari Makan untuk TV3, kan.
Ada juga kami sediakan mihun sup, kuih muih dan juga teh tarik untuk tetamu makan puas-puas. Takut ada yang tak kenyang just makan sandwich aje, kan.
Hujan di luar, tak begitu lebat so kita buat game di indoor ajelah. Tapi sekejap aje hujannya, lepas berjerit pekik dalam rumah, aktiviti disambung ke luar pulak. Kesian tetamu dewasa, menahan telinga dengan pekikan dan juga jeritan anak-anak.
Ada beberapa rakan kelas Ryan yang datang, ini aje yang sempat diambil gambarnya. Kawan satu row dalam kelas, Adib namanya.
As usual la kan, Daddy Jack yang banyak uruskan semua hal games untuk anak-anak yang datang. Dia yang buat preparation semua, so dia la yang layankan. I incharge para ibubapa dan juga tetamu yang lain.
Sibuk sangat main games, sampai lupa nak potong cake while langit dah semakin mendung.
Happy 7th Birthday, Rayyan Irfan. Semoga menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki, berjaya di dalam pelajaran serta menjadi insan yang berperibadi tinggi.
Goodies bag harus la ada, kali ni kena bahagikan antara boys and girls, kang kesian tertukar pulak.
Pinata pun jadi satu kemestian juga. Berebut-rebut anak-anak menunggu apa yang ada di dalam ni, selalunya we all letak macam-macam jenis gula-gula, so nasiblah sapa yang dapat gula-gula yang best tu.
Terima kasih buat semua tetamu yang datang, anak-anak seronok, mak ayah pun seronok juga berjumpa sesama mereka sambil makan, makan dan makan lagi.
Bila tetamu dah balik, baru teringat ada hadiah yang diberikan. Walaupun mata dah mengantuk namun demi hadiah tetap menahan dari mengantuk tu.
Kasi susun ikut saiz untuk senang nak buka and kenalpasti siapa yang bagi.
Ni hadiah yang paling disukai sekali, koleksi Ninjago yang bertambah. Rasanya hadiah dari adik I yang bongsu, Hannan.
Memang dari dulu lagi dia mintak nak game carrom ni tapi we all tak pernah belikan tau-tau dapat hadiah ni, seronok la member kan.
Bangun tidur esoknya, lepas mandi dan breakfast terus la mencapai carrom untuk main. Puas hati dapat main sampai ke petang, makan pun nak cepat-cepat aje.
Masa birthday semalamnya, we all ada buat kambing golek so lebihan tulang kambing golek tu I buat sup kambing ajelah, sayang tengok isi banyak lekat kat tulang-tulang tu, so malas nak masak lebih-lebih, makan sup tulang dengan nasi ajelah.
By petang tu, sup pun dah habis so kenalah juga mencari makanan lain. So nak cepat, makan McDonalds ajelah, lagipun dekat dengan rumah. Dah habis majlis barulah terasa penat, tapi gembira bila majlis berjalan dengan lancar dan tetamu pun suka. Terima kasih kepada yang sudi datang, Insyallah, lain kali kita buat party lagi ya.
Nice party arrangement :)
ReplyDeleteterima aksih, penat tapi berbaloi
Deletewah..bestnya
ReplyDelete