Baru terhegeh-hegeh nak update psl game Liga Super antara JDT vs Felda United di Stadium Selayang pada 22 Ogos yang lepas. Entah macamana we all satu keluarga terjebak sekali ke sini, mungkin sebab dekat aje tempat perlawanan di Selayang so okay ajelah I join sekali. Pukul 7 pagi dah ke sini, itupun beratur pun dah panjang walhal kaunter tiket dibuka pukul 9 pagi.
Entah macamana Daddy Jack boleh dapat tiket dulu, walhal I yang beratur sambil die pg jalan-jalan ke depan. Rupanya ada dua lane kat depan tu and orang tak perasan. Hmm, baguslah tak perlu beratur lama-lama tengah panas tu.
Ini pun tak tahulah yang beratur panjang-panjang ni dapat ke tidak tiketnya, dengan stadium yang agak kecil dan penyokong JDT aje dah penuh stadium. Itu belum yang datang berduyun-duyun dengan bas dari Johor. Dengar cerita dari Batu Pahat aje dah sampai 4 bas !
Dah letih beratur panjang, moh le kita pergi NZ makan roti canai
6 petang dah sampai ke sini, pastu pusing-pusing cari parking then mencari pintu masuk stadium. Terpaksa beli tiket grandstand sebab tak nak bersesak dengan peminat JDT yang lain. Betul
Ramai juga di grandstand ni, mostly yang membawa anak-anak kecil. We all pun sama, dah bersedia dengan satu beg makanan dan minuman, tak nak beli-beli kat stadium ni. Jimat sikit, kan.
Sesi warm up all the players, JDT tidak menurunkan Farizal kerana masih cedera.
Nampak Safee Sali dari jauh aje, tapi bebudak ni siap pekik-pekik "Safee, safee"
Sekali datang Safee Sali menuju ke budak-budak ni, tergamam la semua. Safee bukak baju training and bagi pada Danish. Mujur sempat la menangkap gambar ni, terima kasih Safee.
Kemenangan berpihak kepada team JDT. Seronok la bebudak tu sampai berlari ke tengah padang nak celebrate. Lantak korang la, janji jangan sampai melanggari undang-undang.
No comments:
Post a Comment