Nuffnang Ad

Wednesday, 30 September 2015

Trip ke Muzium Negara

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah yang lepas, Danish ada tugasan dari subjek Sejarah untuk membuat satu kerja kursus di Muzium Negara. I ni entah bila last pergi muzium pun tak ingat dah. So bekesempatan jugalah nak berjalan-jalan kan.

Dah banyak pembaharuan disini, bangunan pun dah diperbaiki dan ada juga yang sedang dalam pembinaan macam facade di depan tu.

Menerokai setiap sudut di dalam muzium ini sambil mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja khusus Sejarah Danish. 

Dah maju sekarang pameran di Muzium Negara, siap guna hologram untuk menunjukkan beberapa peristiwa penting yang pernah berlaku di Tanah Melayu dulu-dulu.

Anak-anak diajar untuk menghayati semua peristiwa yang berlaku semenjak zaman penjajahan British dan Jepun dulu.


Mereka-mereka yang begitu banyak jasanya di dalam bidang penulisan dan juga pendidikan di negara kita. Antaranyta Zaaba, Tun Ismail, A Samad said dan beberapa lagi sasterawan negara.

Dah settle semua di dalam Muzum, we all pun keluar sambil melihat pameran di bahagian luar pulak. Tapi my kerinting ni nampak pameran lain pulak, satu benda yang pelik padanya...penjual kacang putih.

Memang satu benda baru pada Ryan, seronok juga I mengimbas kenangan lama membeli kacang putih masa zaman kecil-kecil dulu kan.

Tapi, Ryan bukan boleh makan sebarang jenis kacang since he is G6PD deficiency. Kacang parang adalah salah satu pantangnya so kena elakkan and tengokkan apa kacang yang dia nak makan. So hanya belikan dia kerepek-kerepek ajelah.

Dah settle makan kacang putih di luar, masuk pula di bahagian pembudayaan masyarakat di Malaysia. Ada ditunjukkan aktiviti serta beberapa items masyarakat di Malaysia antaranya permainan tradisional kaum di Malaysia, pakaian, lukisan dan beberapa barangan lagi.

Di satu sudut, ada disediakan aktiviti untuk kanak-kanak

Anak-anak tak merasa aktiviti duduk di kampung so dengan peluang melihat pameran sebegini membolehkan mereka tahu serba sikit la cara kehidupan di kampung, kan. Buat mereka yang ada anak-anak, pergilah bawa berkunjung ke Muzium Negara, banyak sangat benda yang boleh dipelajari especially hal sejarah negara. Ramai anak-anak masa kini tak begitu faham akan sejarah Tanah Melayu dulu so dengan lawatan ke muzium diharapkan bolehlah memberikan serba sedikit gambaran untuk mereka.

No comments:

Post a Comment