Post merdeka punya post yang dah lama terperam dalam draft ni. Cuti-cuti merdeka yang lepas, we all tak pergi mana-mana pun, just duduk rumah aje. Birthday Daddy Jack pun sambut sederhana sahaja, tak buat besar-besar pun.
Breakfast pagi ala-ala western ajelah, tak sempat nak bernasi lemak semua. Tak kisahlah, janji dapat bersarapan dengan anak-anak dan juga keluarga, kan.
Dah petang sikit barulah keluar ke One Utama nak tengok wayang, Inside Out. Cerita yang bagus untuk seisi keluarga. Ingatkan tak ramai tapi full house juga, we all duduk row kedua depan screen so agak mendongak jugaklah. Tak tahulah peraturan baru atau memang sebab sambutan merdeka so sebelum cerita bermula, semua penonton perlu bangun untuk menghormati lagu Negaraku. Tapi sayangnya, ada 3 remaja perempuan yang ada dalam tu, boleh terjerit-jerit memaki hamun dengan kata-kata yang kurang enak didengar esp bila kita bawak anak-anak. Tak kisahlah apa yang berlaku dalam negara, samada suka atau tidak dengan pemerintahan sekarang ni tapi lagu Negaraku itu adalah untuk negara dan kita perlu menghormatinya tak kira apa pun.
Dah selesai dengan cerita wayang, lepak kejap di Toys R Us nak tengok Lego kejap. Mujur tengok-tengok aje, tak beli pun sebab apa yang dicari dah tiada.
Sedap pulak nampak sushi kat Jusco, beli and makan sorang-sorang di rumah cos orang lain kat rumah ni tak berminat langsung dengan Japanese food kecuali Yoshinoya tu ajelah.
No comments:
Post a Comment