Nuffnang Ad

Thursday, 24 September 2015

Ikea...hmmmm

Salam Aidiladha semua...hows your raya? We all tak buat apa-apa preparation pun. Malas nak beraya tahun ini, so pagi dah pergi IKEA sambil lepak. Pikirkan orang tak ramai rupanya tiada beza mcm hari lain. Mungkin ramai warga KL yang tak balik bercuti, maklumlah cuti hanya sehari sahaja dan esok semua kena kembali bekerja kan. tapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk terus bercuti sampai hujung minggu.

Sebelum tawaf satu IKEA, so kita kenalah beratur panjang untuk menikmati meatballs IKEA yang famous tu kan. Dah makan kenyang barulah boleh berjalan-jalan kalau tak otak akan sering berfikir makanan instead of nak tengok perabut.

Cantik juga fabrik-fabrik untuk langsir ataupun cadar. So far beli langsir yang dah siap aje, jarang beli untuk dijahit sebab malas nak ukur.

Then tak habis lagi..kena pulak beratur panjang semasa nak membayar. Kalau tengok setiap yang beratur tu, habis penuh trolley mereka dok angkut macam-macam, kadang tu mcm nak buat interview aje beli banyak-banyak tu ada business apa gamaknya. Mostly hasil my observation sementara kena beratur panjang ni, kebanyakan yang datang membeli adalah peniaga kedai makan, cafe ataupun owner tadika. Based on barang-barang yang depa belilah kan. Takkan beli pinggan mngkuk budak-budak sampai 30 pieces nak gunakan untuk rumah sendiri, kan.

Dah habis di IKEA, sambung pulak ke kedai LEGO yang terletak di The Curve. Matlamat Daddy Jack adalah satu bulan, satu lego. Tak kuasa I nak melarangnya. Minat dia dan budak-budak tu terhadap lego memang tak dapat dibendung. I layankan aje, janji mereka tak minta yang bukan-bukan.

No comments:

Post a Comment