Nuffnang Ad

Sunday, 20 September 2015

Dinnertime

Sesekali makan di luar, tak kiralah kemana sahaja samada restoran ataupun buffet di hotel. Kalau we all sekeluarga 4 beranak tak begitu meriah, meriahnya bila Ayah, Ibu serta adik beradik dan keluarga masing-masing join sekali..hah masa tu dengan riuh rendah barulah syok.

Kali ini Sunway Putra Hotel menjadi pilihan, yang dulunya dikenali dengan Legend Hotel. Dah banyak renovation dibuat. Even shopping mall sebelah tu pun dah nama lain, dari mula-mula bukak dulu Yaohan The Mall and sekarang dah nama lain, apa namanya, lupa pulak.

Kedatangan kami disambut dengan pemain muzik yang memainkan alunan lagu-lagu Melayu jati dan juga tradisional. Terbuai-buai dengan kelembutan irama muzik Melayu jati ini.

Kambing golek menunggu di entrance masuk, dengan baunya yang sangat mengiurkan...hmmm tunggu masuk cari meja kejap, lepas tu siap.....

Aduhhh !!! memang sedap kambing golek tu, lembut sangat-sangat. Kuih muih and makanan lain pun sedap juga. Free flow teh tarik yang juga sedap, tak begitu manis dan tidak pekat sangat.

Makanan memang banyak, tak tahu mana satu nak buat pilihan. Semua pun nampak sedap

Ini memang tak dapat menahan diri, dessert section. Macam-macam ada macaroon tower lagi. Tapi tak boleh makan banyak-banyak kat sini, manis-manis semua kang takut kena kencing manis pulak. Just rasa mana-mana yang nak dirasa ajelah.

4 comments: