Entry yang lama terperam...dah dekat 2 bulan dah anak bujang saya yang sulung dah masuk 10tahun, rasa macam baru aje sambut birthdaynya yang pertama dulu. Tahun ni taklah buat beria-ia macam sewaktu di Adelaide dulu, masa and kekangan banyak tapi still tak lupa untuk menyambutnya walaupun hanya bersama keluarga sahaja. Seringkali birthday Danish di bulan June jatuh time cuti sekolah. So nak ajak kawan-kawan agak susah sikit, kena tunggu lepas habis cuti sekolah la nak membuat majlisnya. Tapi untuk hari 10 June yang lepas we all buat sambutan kecil-kecilan aje. Pagi tu me and Daddy Jack pergi mencari hadiah untuk birthday boy.
Singgah One Utama kejap, cucui mata mak dan ayah sambil melihat-lihat dekorasi untuk rumah.
Lama dah I tak membeli handbag, last beli awal tahun 2014 lepas, lagipun handbags yang dibeli masa duduk Australia dulu pun ada lagi beberapa yang belum digunakan, even masin berikat dengan reben dalam kotak lagi. Pakai apa yang ada dululah, bukan jadi keperluan pun nak berhandbag baru sekarang.
Untuk lunch, mak pak gigih menyinggah IKEA untuk menikmati hidangan tengahari. So, lepas dah settle makan, barulah menyudahkan misi lagi.
Hadiah pilihan Daddy tak lain tak bukan LEGO ajelah, senang. Itupun Daddy boleh tumpang buatkan sekali. Dah lama Daddy menyimpan hajat nak beli set LEGO tu, cumanya tak ada alasan nak membeli takut I jengil mata nanti so ni alasan cliche la.."untuk anak..."
Kegilaan aiskerim kelapa selain dari Sangkaya, ada pulak new venture di Wangsa Walk ni, tak pasti apa ke nama gerai ni tapi dah buka dah sekarang.
Malam tu kebetulan pun ada majlis bacaan doa selamat di rumah Ibu, then ada buat kenduri untuk menyambut puasa sekali. Dah alang-alang ada majlis, kita pun selitkan majlis untuk Danish punya birthday juga.
Makanan pun simple aje, lauk ala-ala kampung and sedap juga especially makan tomyam panas dengan nasi putih.
We all beli ice-cream cake from Baskins Robins aje, senang. Lagipun makan cake from Secret Recipe mcm dah agak bosan juga. nak beli cake from home baker adakalanya kena tempah awal so beli aje mana yang senang. Ni pun dalam bulan depan nak buat double celebration birthday Ryan and juga Danish. Insyallah.
Meat ball Ikea! Chicken Wing! alamak.....yummy...happy belated birthday Danish....
ReplyDeleteTerima kasih, Aunty Amanda.
DeleteMasyallahh.. dah sepuluh tahun dah ye.. akak pun dah lama sungguh tak singgah rumah awak ni Gina.. blog akak pun kengkadang tak berupdate.. anyway, all the best ye dear..
ReplyDeleteBetul Kak Yan, saya pun sejak balik Malaysia ni blog pun kekdang lama jugak tak updatenya
Delete