Nuffnang Ad

Monday, 21 September 2015

Pasar tani

Hari Sabtu adalah hari ke pasar tani di Melawati, selalunya Ayah yang ajak untuk membeli barang-barang untuk rumah Ibu. Kalau disini, pukul 7 dah kena sampai, kalau tidak memang ramai dan jenus mencari parking. Antara yang sering disinggah adalah gerai menjual daging. Dah lama berurusan membeli daging dengan abang-abang ni.

Selalu beli tulang disini, kalau time-time nak buat kenduri kena call untuk booking sebab kalau lambat memang selalu kehabisan.

Sementara menunggu Ayah memilih ikan, lepak kat tepi sambil melihat gelagat orang yang berada di pasar ni. 

Cantiknya pokok-pokok orkid ni tapi tak reti macamana nak menjaganya. Nampak yang dijual ni menang geram, kalau beli tak reti nak jaga tak guna beli pun.

Dah settle hal membeli barang-barang keperluan di pasar tani, perut pun tunggu keperluan untuk diisi so marilah kita makan tosai cheese di kedai mamak dekat rumah Ibu aje, malas nak bergerak jauh-jauh.

Dah settle kemas rumah, petang-petang sikit pergi berjalan-jalan tanpa tujuan sampailah menyinggah ke rumah hantu ini sebabnya nak makan meatball aje.

Kali ni pergi IKEA memang hanya untuk makan aje, tak jenguk masuk showroom pun sebab ramainya umat manusia so malas nak redah just makan meatballs and balik aje.

Dah kenyang, balik sambil lepak-lepak depan TV then sambung membuat lego yang banyak belum dibuka kotaknya lagi. Dah menjadi satu aktiviti keluarga ni bila hujung minggu, membuat lego. Bagus juga, dari asyik main game ataupun tengok youtube aje kan tak menjana minda sungguh.

2 comments:

  1. salam perkenalan...
    bestnyer anak-anak ngan ayahnyer suker ngan lego..
    selalu lego yang dah siap pasang uolls semua letak kat mana yer???
    susun cantik-cantik atas rak ker atau bukak balik...??

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    SETIAP WANITA MESTI NAK CANTIK KAN??? CANTIK DI MATA ORANG TERSAYANG : TIPS : Nak kelihatan Anggun, Cantik Di mata Orang kesayangan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga
      lego-lego yang dibeli biasanya ayah dia akn pasangkan, kemudian masukkan dalam almari, tapi sekarang almari pun dah tak muat nak masukkan semua lego-lego yang ada

      Delete