Nuffnang Ad

Tuesday, 1 September 2015

Bersantai di Mid Valley

Kalau tak ke KLCC, kami pergi juga shopping mall lain, antaranya Mid Valley. Tapi kalau ke Mid Valley kena keluar awal takut susah mencari parking. We all pernah duduk lama dalam kereta sebab mencari parking aje tapi selalunya if we all ke Mid Valley, lebih suka parking di The Gardens. Kalau dah ke Gardens kenalah menyinggah ke kedai Lego dulu, kan.


Kalau ada cerita best, baru we all tengok. Kalau setakat cerita biasa jarang juga we all tengok wayang.


Kebetulan pulak ada kedai LEGO baru buka di Mid Valley, and ada offer pulak tu. So 3 beranak ni senyum lebar la masuk kedai.

Kalau dibiarkan, 3 beranak ni mudahlah lupa diri duduk lama dalam kedai ini. Inipun mujur ada offer, kalau tak, tak tahulah apa yang nak diangkutnya lagi.

Dapat satu cukuplah, tak boleh angkut banyak-banyak. Yang beli kat Adelaide pun masih belum dibuka kotaknya lagi. Cukuplah buat masa ini yer.

Wah !!!!! dah ada balik. Terlalu suka sampai tak tahu nak cakap apa. Last makan masa mengandungkan Ryan tahun 2008 dulu. Terlalu suka sangat makan time tu, selalu lepas balik kerja from Shah Alam akan singgah makan di One Utama dulu then baru balik rumah. Tu gamaknya muka Ryan iras-iras Jepun sikit gamaknya.

Their famous Beef bowl. Makan kali ni kena share dulu takut anak-anak tak suka tapi Alhamdulillah, perlahan-lahan mereka pun suka juga dengan nasi daging kicap ni katanya.

Dah balik berjalan, masing-masin rasa lapar lagi so ke dapur membuat minuman petang pula. Tengok bahan-bahan semua ada, so menggulung la kita membuat kuih gulung pula. Dapat banyak, so makan sampai malam sambil menonton TV, puas hati, kan.

7 comments: