Nuffnang Ad

Monday 21 December 2015

Cuti sekolah

Phuhhhh, lama betul tak bersiaran. Blog pun hampir bersawang dah ni. Ada aje kat Malaysia ni, tak pergi mana-mana pun di kala cuti sekolah ni, cumanya busy la menguruskan rumah bila time cuti ni. Tugas hari-hari seperti biasalah menjadi surirumahtangga tapi petang bertukar menjadi soccermom pulak dengan menemankan anak di padang. Ada masa bukan aje petang, pagi pun kena menjadi soccermom juga.


Aktiviti selalu lepas habis main bola bawa the boys pergi makan la after dah jenuh berlari keliling padang tu. Selalu menu adalah roti canai ajelah yang paling senang sekali.

Masing-masing muka kelaparan betul. Datang aje pinggan roti canai dah macam dinasour aje dah semua.

Bawa teman ke Pasar Tani kejap, sambil nak masak lauk untuk tengahari nanti. Malas nak keluar 203 kali so sekali harung bawak bebudak ni terus.


Sedap pulak nampak ada satu makcik ni jual ayam dan daging salai, jom la kita masak masak lemak cili padi ayam salai dengan belimbing buluh. Nak juga merasa kesedapan ayam salai tu.

Dah petang-petang check barang dapur banyak pula yang tak ada...aduh malasnya nak keluar membeli di Giant sebab sure ramai orang keluar time cuti-cuti sekolah ni. Teringat pula Tesco ada buat delivery so buka website terus order macam-macam. Tak lama lepas tu, tup-tup dah sampai depan pintu barang yang kita order tu. Senangnya hidup sekarang ni, tak perlu nak beratur panjang nak membeli dan membayar barang di kaunter lagi dah.

Hah, itu dia. Macam-macam yang kita order, so bertahan lagilah barang dapur so kita pun tak bersesak-sesak dengan orang ramai lagi dah, kan.

Sementara tunggu petang nak main bola kat luar rumah, main indoor game dulu. Kalau tak board games, we all main card games ajelah. Antara favourite adalah UNO.

Sambil melihat anaj-anak main bola di luar, kita pun sempat lagilah makan marble cake yang dibeli dikedai, masih belum berkesempatan nak membuatnya dan juga hot Nescafe. Sedap tidak terperi, hoiiii manalah tak gemu berkilo-kilo nih.

No comments:

Post a Comment