Nuffnang Ad

Wednesday 30 December 2015

Lawatan ke Shah ALam

Sepanjang cuti sekolah, selain bercuti ada juga la membawa bebudak ni melawat tempat di sekitar KL dan juga di Shah Alam. Pagi-pagi ikut Daddy Jack pergi kerja then dah plan nak pergi ke mana di sekitar Shah Alam tu.

Breakfast dulu di Restoran Gembira, salah satu tempat favourite untuk breakfast masa we all sama-sama kerja di SA dulu. Tapi roti canai tak begitu sedap berbanding dulu, rupanya tukang buat dah berpindah ke restoran yang lain, Restoran Ceria yang tidak jauh kedudukannya. Rival punya pasal, sampaikan nama restoran pun hampir sama aje.

Tempat pertama yang we all pergi adalah Muzium Shah Alam, cos Daddy Jack ada meeting di bangunan berhampiran so he just dropped us by kat situ ajelah. We all sampai awal so kena melepak dulu kejap sementara tunggu waktu dibuka.

Boleh tahan juga la artifak di dalam ini, banyak bahan-bahan sejarah berkenaan dengan negeri Selangor yang dipamerkan disini.


Replika bangunan-bangunan bersejarah di Selangor pun banyak, sungguh teliti pembikinannya.



Memang jauh bezalah Muzium Negara yang dilawati pertengahan tahun lalu dengan muzium negeri ini. Tapi fungsinya masih sama, mempamerkan hasil tinggalan sejarah di negeri yang ada yang tiada di Muzium Negara.

Sempat juga bermain dengan beberapa alat permainan tradisional yang dipamerkan.

Replika keretapi

 Bermain congkak

Sementara menunggu Daddy Jack untuk membawa we all ke destinasi seterusnya.

Mengunjungi Perpustakaan Negeri di tempat yang baru. Ingatkan sebelah aje rupanya baru tahu dah dipindahkan. Lepak kejap dalam ni sementara menunggu Daddy Jack menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri.

Terjumpa pula buku Cik Peppa ni, favourite Ryan ni. Leka dia membaca dan melihat ilustrasi Cik Peppa. Balik from library, terus buka youtube mencari siri cerita Cik Peppa ni.

No comments:

Post a Comment