Nuffnang Ad

Sunday 27 December 2015

Last training for 2015

Minggu ke 3 December lepas adalah minggu terakhir training di KLFA untuk setiap hari Isnin dan Rabu. Sesi training akan sambung kembali di bulan Januari nanti. Dapatlah chance nak relax sikit.

Sementara menunggu Danish training, kita boleh gi berkickboxing dulu. Hahahaha, lenguh tangan dan kaki menyepak dan menghentak punching bag ni. Sebelum tu ada power burn session, omak aiiii kemain azabnya ada rasa nak muntah pun ada jugak.

Dah habis ber exercise apa bagai, perut pun lapar. Di cafe ni yang hanya ada adalah burger dan hotdog sahaja, bedal ajelah. Malas nak berjalan ke luar mencari makanan.

No comments:

Post a Comment