Nuffnang Ad

Sunday, 24 July 2016

Kisah Iftar

Orang lain sibuk beraya dan menghadiri rumah terbuka, while kita berthrow back ajelah kisah-kisah iftar kita yang ada dalam draft box ini. Tahun ni pertama kali bibikless, so agak huru-hara sedikit persiapan untuk berbuka puasa. Mostly kali ni ada yang beli di bazar ataupun pergi rumah Ibu untuk berbuka puasa, senang citer.

Pepagi nak bersahur agak stress juga nak mngejutkan yang kecik ni, aduh kadang-kadang sampai kena berdukung nak bawa turun untuk bersahur.

Kalau mood terlebih rajin untuk masak berbuka jadilah menu sebegini, kalau idak jadilah menu seperti gambar dibawah ini.

Ni pun tak ingat tempat mana berbuka puasa, somewhere di AEON Big Wangsa Maju, rasanya.

Minggu kedua berpuasa ada pulak hari Report Card Day untuk mid term exam. Result anak-anak pun taklah teruk sangat, tapi kenalah usahalah lebih sikit untuk final exam nanti.

Bukan aje restoran, di mamak NZ pun jadi juga untuk berbuka puasa. If tak silap pengiraan 3 kali rasanya berbuka puasa di NZ ni.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, layan dulu citer-citer siri lama di TV3, Diari Ramadhan Rafique ataupun Rumah Kedai. Kalau bosan sangat, mainlah LEGO Soccer set ni.

Antara salah satu tempat berbuka di Restoran My Mom's Chicken Rice owned by Linda Onn.

Menu pun dah makin banyak, so kita pilih yang biasa makan aje. Nak mencuba time berbuka puasa ni takut tak kena dengan selera and then kita pun rasa rugi aje order so better dont la.

Tak cukup di katil nak mngejutkan, sambung pulak lelap di meja makan. Alhamdulillah, penuh berpuasa Ryan kali ini walaupun macam ada-ada nak terbatal puasa, tapi dapat diselamatkan. 

Friday, 22 July 2016

Persiapan Syawal

Persiapan raya kali ni ala kadar aje, tiada pembaharuan, masih sama seperti tahun lepas. Perabut rumah Ibu pun dah dikemaskan untuk keselesaan semua yang balik beraya nanti.

Kolam ikan yang dijaga rapi oleh gardener. Ikan dah besar, kena tambah lagi untuk menyerikan kolam ikan ini lagi.

Berbuka di padang besar MPK adalah satu kemestian bagi orang Kuantan tapi kali ni we all tak berkesempatan untuk berbuka disini.

 Merasa juga minum Frappe Starbucks lepas sekian sebulan berpuasa.

Nak memilih kasut pun ada yang menjadi penasihat, bagi pendapat mana kasut yang cantik dan sesuai dengan mak dia.

Pagi sebelum raya, Ibu dah kejutkan seawal pagi untuk teman ke pasar membeli barang-barang persiapan untuk juadah raya. Kali ni pergi agak lewat, so dah ramai yang berkunjung ke pasar. Kesian si kecil ni, sampai paut kaki mak dia sebab tak larat nak jalan dah. Sabar ya, dik..setahun sekali aje ni.

Gerai yang selalu dikunjung and ramai orang adalah kedai jual santan dan juga kelapa. Berkilo-kilo orang membeli untuk membuat pelbagai juadah di hari raya, rendang la terutamanya kan.

Gerai ikan tak banyak yang buka, siapa nak makan ikan time raya kan so gerai jual ayam dan daging yang penuh dan sesak. Kalau ada pun, gerai menjual ikan tongkol untuk buat nasi dagang ajelah.

Gerai sayur pun ada berbagai jenis sayur-sayur segar. Geram pulak nengoknya nak beli banyak-banyak takut layu pulak, kan.

Geramnya tengok kunyit-kunyit yang gemuk-gemuk ni, beli dalam RM2 lepas tu tertinggal, mungkin kelam kabut sibuk dengan kelongsong ketupat, lupa nak ambik.

Balik dari pasar, terus la selinsing lengan buat kerja-kerja mengupas bawang and blend semua barang-barang untuk dibuat rendang, then masuk fridge cos taklah buat terus cos kita nak berbuka puasa di luar.

So berbuka buat last Ramadhan for 2016 di Zenith Hotel, ingatkan tak ramai rupanya ramai juga yang berbuka puasa bersama-sama kami.

Selection of sambal memang terbaik, lama tunggu peluang nak makan sambal tempoyak, cencaluk dan juga budu.

Kari ikan yang menyelerakan, kebetulan pula ada nasi kandar memang bertambahlah makan sampai tak sempat mencuba makanan lain dah.

A simple deco but yet mengembalikan nostalgia suasana kampung yang mendamaikan.


Tuesday, 19 July 2016

IKEA sekali lagi

Jom la kita membawa diri ke IKEA, manalah tahu dapat membeli barang-barang yang diidamkan selama ini. Dah lama aimed certain barang, so harap dapatlah membelinya time sale ni.


Belum apa-apa semua nak pekena meatballs dulu, maklumlah time puasa jarang dapat berbuka di IKEA ni, malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai so kita tahankan ajelah nafsu nak berbuka dengan meatball so lepas raya, balun la semua macam biasa.

If rumah macam di Adelaide dulu, best ada backyard so bolehlah ada tempat berehat macam ni. sambil lepak-lepak bila petang, makan cekodok dan air teh o panas, memang best.

Lorong berhantu. Selalu akan lama kat sini untuk mencari barang yang nak tiada di bahagain showroom sebab agak besar sikit.


Semua masih dalam mood raya lagi, so deko raya pun masih ada lagi. Manalah tahu ada yang dah kering idea mendeko rumah untuk menyambut tetamu yang datang berkunjung, kan bolehlah jenguk IKEA untuk dapatkan idea yang simple.

Wednesday, 13 July 2016

Kisah Raya

Salam Aidilfitri semua, maaf lambat update kisah raya, nak raya puas-puas sebab kali ni turn beraya di Kuantan. We all balik Isnin, 2 hari sebelum raya cos nak menolong Ibu mengemas rumah semua. Alhamdulillah, jalan pun taklah jem sangat, just nice sampai Kuantan sebelum berbuka. Juadah pagi raya kali ini simple ajelah, nasi impit, rendang ayam dan kuah lodeh.

Tema Aidilfitri kali ini adalah coklat, tak menyangka sama pula dengan warna sofa Ibu di Kuantan ni. 

Touch up sikit muka untuk aktiviti beraya di pagi Raya. Selalunya akan ikut Ayah beraya di Istana Tengku Mahkota dulu di Bukit Istana.

Dah menjelang tengahari berkunjung pula ke rumah MB, tapi tak sempat nak jumpa cos MB masih berada di Istana, so kita makan dululah. Nampak ada bermacam-macam makanan disediakan.

Kita makan roti jala dengan kari ayam serta murtabak ajelah. Pukul 2, Ayah ajak orang datang beraya, katering sediakan nasi beriani dan berbagai makanan lain so simpan la perut sikit, kan.

Ramai tetamu yang datang ke rumah terbuka Ayah ni, berbilang kaum datang merayakan Aidilfitri bersama kami. Pukul 5 pun masih ramai lagi yang datang.

Nasi beriani dan ayam masak merah memang sedap ya ampun. Laksa Pahang pun sedap sangat-sangat. Tersandar kekenyangan la semua.

Tahun ni semua adin beradik dapat berkumpul kecuali Kak Nyah yang tiba-tiba ada contraction beberapa hari sebelum raya so kena tahan ward di KL. Meriah jugaklah raya tahun ni dapat semua sekali berkumpul.

Raya kedua adalah sesi mengemas semua peralatan open house. Sesi membasuh semua periuk belanga, pinggan mangkuk yang digunakan. Mujur cuaca panas terik so cepatlah kering. 

Kuah lodeh yang mendapat taraf 5 bintang dari Daddy Jack kali ini, kalau suruh buat balik entah ingat atau tak apa yang I masukkan dalam ni.

Petang tu kita pi beraya lagi di rumah makcik-makcik yang ada di sekitar Kuantan ni. Mujur ada bawak baju spare yang lain untuk berkunjung rumah sedara.


Di rumah adik Ayah, Achik kami dihidangkan makanan yang ringkas tapi menyelerakan, nasi putih dan sambal sardin. Masa ni tak pandang dah rendang ketupat semua sebab memang mencari nasi aje sebab jemu dah makan benda yang sama dari raya pertama lagi. Terima kasih Achik !!!

Tahun ni raya memang meriah cos dapat beraya dengan semua sedara mara di Kuantan. Kebetulan pula semua sekali sepupu dan adik beradik Ayah keluar berkunjung bersama-sama, sama macam we all kecik-kecik dulu masa arwah Tok ada lagi. Macam Daddy Jack cakap, ini baru betul beraya !!!

Malam raya kedua dah tak lalu dah nak hadap juadah raya so kita makan Kenny Rogers pulak la, dah letih nak pikir makanan ini ajelah yang termampu sambil-sambil tu bolehlah kembali berdiet seperti biasa.

Raya ketiga kembali ke KL semula, mujurlah tak jem sangat, walaupun banyak kereta di jalan raya tetapi masih terkawal lagi. Balik awal dapat jugaklah mengemas rumah and berehat sebelum sesi sekolah dibuka semua.

Pelbagai jenis mangga yang diberikan masa berkunjung ke rumah terbuka, tuan rumah yang bagi tak tahu nak buat apa, sambal atau makan colek ajelah kut.