Nuffnang Ad

Friday 22 July 2016

Persiapan Syawal

Persiapan raya kali ni ala kadar aje, tiada pembaharuan, masih sama seperti tahun lepas. Perabut rumah Ibu pun dah dikemaskan untuk keselesaan semua yang balik beraya nanti.

Kolam ikan yang dijaga rapi oleh gardener. Ikan dah besar, kena tambah lagi untuk menyerikan kolam ikan ini lagi.

Berbuka di padang besar MPK adalah satu kemestian bagi orang Kuantan tapi kali ni we all tak berkesempatan untuk berbuka disini.

 Merasa juga minum Frappe Starbucks lepas sekian sebulan berpuasa.

Nak memilih kasut pun ada yang menjadi penasihat, bagi pendapat mana kasut yang cantik dan sesuai dengan mak dia.

Pagi sebelum raya, Ibu dah kejutkan seawal pagi untuk teman ke pasar membeli barang-barang persiapan untuk juadah raya. Kali ni pergi agak lewat, so dah ramai yang berkunjung ke pasar. Kesian si kecil ni, sampai paut kaki mak dia sebab tak larat nak jalan dah. Sabar ya, dik..setahun sekali aje ni.

Gerai yang selalu dikunjung and ramai orang adalah kedai jual santan dan juga kelapa. Berkilo-kilo orang membeli untuk membuat pelbagai juadah di hari raya, rendang la terutamanya kan.

Gerai ikan tak banyak yang buka, siapa nak makan ikan time raya kan so gerai jual ayam dan daging yang penuh dan sesak. Kalau ada pun, gerai menjual ikan tongkol untuk buat nasi dagang ajelah.

Gerai sayur pun ada berbagai jenis sayur-sayur segar. Geram pulak nengoknya nak beli banyak-banyak takut layu pulak, kan.

Geramnya tengok kunyit-kunyit yang gemuk-gemuk ni, beli dalam RM2 lepas tu tertinggal, mungkin kelam kabut sibuk dengan kelongsong ketupat, lupa nak ambik.

Balik dari pasar, terus la selinsing lengan buat kerja-kerja mengupas bawang and blend semua barang-barang untuk dibuat rendang, then masuk fridge cos taklah buat terus cos kita nak berbuka puasa di luar.

So berbuka buat last Ramadhan for 2016 di Zenith Hotel, ingatkan tak ramai rupanya ramai juga yang berbuka puasa bersama-sama kami.

Selection of sambal memang terbaik, lama tunggu peluang nak makan sambal tempoyak, cencaluk dan juga budu.

Kari ikan yang menyelerakan, kebetulan pula ada nasi kandar memang bertambahlah makan sampai tak sempat mencuba makanan lain dah.

A simple deco but yet mengembalikan nostalgia suasana kampung yang mendamaikan.


3 comments:

  1. Hi Gina,
    Nak tanye ni every year I notice that u balik ur family house hubby xkisah ker?? ur husband xder kmpung ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miss Anon
      Not every year we all beraya on my side, we all mengamalkan sistem bergilir. Like last year I beraya with my husband's side. Year 2009 pun sama, cuma on 2010 and 2012 we all beraya sendiri di Adelaide, then on 2013 still in Adelaide but my whole family datang beraya disana. On 2011, we all balik Malaysia untuk beraya di Malaysia, raya pertama beraya bersama di Kuantan then petang raya we all beraya bersama inlaws. Tahun 2014, raya bersama my family then petang raya pertama we all balik beraya with inlaws.

      I jarang bercerita regarding my husband's side as keep it low profile ajelah. let it be my family only. oh BTW, my husband also orang KL, so hanya 10 minit perjalanan sahaja rumah my parents and also my hubby's parents.

      Hope I menjawab semua persoalan you ya. Thanks for mengikuti all my stories.

      Delete
  2. wahhh...bestnya berbuka kat Hotel tu...sure berbaloi kan...salam aidilfitri dari Cik-Anne


    p/s: entri terbaru di cik-anne.blogspot.com

    ReplyDelete