Hari ini Hari Malaysia, I masih lagi nak update psl Hari Merdeka 31 Ogos lepas, okaylah tu kan. Masih mood kemerdekaan lagi. We all meraikan hari kemerdekaan di IKEA for breakfast dan nak tempah barang sebenarnya. Ingatkan tak ramai, sekali tengok ni hah row punyalah panjang.
Sempat lagi tu menyiapkan artwork untuk catatan harian pengajaran disini, sambil tu ngap-ngap meatballs depan mata.
Mencari fabric untuk sarung kusyen dan juga chairpad untuk diganti baru juga tujuan ke sini. Sambil tu cuci mata juga tengok corak langsir bilik budak-budak ni serta bilik Bibik.
Birthday boy aka Anak Merdeka menyambut birthdaynya di IKEA, sambil cari idea untuk mendeko rumahnya lagi.
Dah settle bab langsir dan sarung kusyen, mencari pula set cadar budak dan juga maknya. Nampak semuanya cantik-cantik tapi masing-masing kena pilih satu sahaja yang paling berkenan.
Payah juga rupanya nak memilih set cadar ni, ingat senang aje especially bila dah display macam ni memang semua nampak cantik aje di mata.
Entah berapa jam dalam ni, mujur angkut barang pun tak banyak, tapi kena datang sekali lagi nak ambil sarung kusyen dan chairpad yang we all hantar jahit kat IKEA juga, senang hantar terus kat tailor depa tak perlu pening kepala nak deal dengan tailor luar.
Malam, keluar balik for dinner, kali ni ke rumah kedua favourite selain IKEA that is KLCC. Kalau ke KLCC, sure kena singgah Box of Bricks, tak singgah kang tak sampai hati pulak tengok reaksi Daddy Jack and the boys.
Birthday dinner celebration for Daddy Jack
Cosy place for celebration. Orang pun tak ramai so selesa makan and bersembang dengan family. The boys dapat buku senyap la membaca sementara tunggu makanan sampai.
Dah bapaknya peminat tegar LEGO, so hadiah harijadi pun kenalah bagi LEGO juga. Dah lama Daddy Jack berkenan dengan set ni so dengan adanya set ini maka completelah set LEGO Ninjagonya yang dikumpul sejak di Adelaide lagi. Cukup-cukuplah tu dah, sampai dah tak muat lemari dah tu. Apapun I layankan ajelah hobi anak beranak ni.
No comments:
Post a Comment