Nuffnang Ad

Friday, 23 September 2016

Mengular

Sesekali mengular tanpa anak-anak adalah satu terapi. Hantar anak-anak ke sekolah, then patah balik rumah, settlekan urusan kain baju, sapu serba sikit then siap-siap untuk keluar, tak pasti mana arah tujuannya tapi taklah pergi jauh pun, dekat-dekat aje cos nanti takut tak sempat pula nak ambil the boys balik sekolah pukul 4pm.

Kita pergi Parkson ajelah, sambil cuci-cuci mata tengok barang-barang rumah, manalah tahu ada yang berkenan pula. 


Corelle ada sale rupanya, tapi ni bukan bunga koleksi so tak menarik minat sangat. Yang kat rumah tu pun banyak yang belum dipakai apatah lagi nak menambah pulak.

Bila terasa lapar, nampak pulak Sushi King, menjengah la masuk kejap. Plan asal nak bungkus aje tapi dah alang-alang sampai, makan situ ajelah. dah settle semua, beli apa yang patut then bergegas pula ambik the boys kat sekolah. 

No comments:

Post a Comment