Nuffnang Ad

Thursday 22 September 2016

Post weekend

Weekend selalunya involved dengan activity bola la, selalunya Ahad Danish ada game selalunya start dalam pukul 9am di Bandar Utama. So pagi-pagi tu dah kena bertunggu tangga di New Camp and kalau sempat breakfast, makan la dulu di kedai berdekatan padang tu.

Kalau sempat we all balik, singgah dulu breakfast kat NZ, tak berapa nak kena tekak kalau makan di tempat mamak yang lain selain NZ. Ada aje yang tak kena, mungkin sebab tekak ni dah biasa makan di NZ so tak lalu nak makan tempat lain.

Dah petang sikit baru terpikir nak makan lunch, itupun makan kat kedai aje..Kantin Asam Pedas la jawabnya.

Malam, melarat pulak berjalannya ke KLCC, macam taknak berehat aje kan walhal esoknya Isnin sekolah tapi dah alang-alang nak berjalan, ambikla berjalan satu hari. Belek-belek baju di Uniqlo, sementara masih boleh muat saiznya. Banyak juga baju-baju yang menarik, tapi tak boleh pakai di pejabat, untuk santai bolehlah.

Pantang masuk kedai sukan, ada aje boot nak dibeli. Tapi jarang sikit ada saiz untuk kanak-kanak, hopefully lepas ni banyak la saiz dan design yang terbaru dibawa masuk kat Malaysia ni. Nak beli online memang tak berani la, takut kena tipu.

Tarikan baru kalau ke KLCC selain dari kedai LEGO, masuk just tengok-tengok la sebab harga pun boleh buntangkan mata. Tak macam kat Adelaide dulu, masih boleh beli sbb dalam currency AUD nampaklah murah sikit. Tapi kalau dah nampak berkenan tu, kenalah beli juga, kan.

Dah puas pusing habis KLCC tu, baru teringat nak makan so ke Chakri Palace ajelah makan. Tak sempat nak snap menu malam tu, sempat snap dessert Pulut Mangga yang sedap tu aje.

Tak sempat nak menyinggah belikan perfume untuk Daddy Jack cos the counter dah tutup semua sebab dah pukul 930pm, lain kali lah kita beli yer.


1 comment:

  1. KLCC memang tutup awal kan. pernah datang malam, ingatkan dia tutup pukul 10.

    ReplyDelete