Bagaimana raya you all semua? Sure meriah kan, tambah pula cuti sekolah seminggu dan cuti yang panjang. We all as usual, beraya di KL sahaja, tak pergi mana-mana pun cos nak berehat-rehat and lepak rumah sendiri and kemas apa yang patut. So, tak perlu nak duduk dalam jem lama-lama, order pizza makan depan TV sambil tengok game Man U vs Manchester City ajelah.
Ahad pagi barulah terhegeh-hegeh nak membeli persiapan raya, we all pergi NSK Selayang aje beli barang-barang yang nak dibuat juadah raya. Ramainya orang disini, we all pergi pun dah pukul 9am so memang dah ramai la orang melainkan pergi lepas Subuh, sure selesa sikit.
Tengah beratur nak membayar, ternampak pulak akak ni tengah unload buang anggur ni ke tempat display, nampak sedap tu, baru turut pesawat katanya.
Kebetulan pula I berpuasa sehari sebelum Aidiladha tapi I sorang aje yang berpuasa, yang tak puasa kenalah disediakan makanan tengahrinya. So berperang la I menyediakan asam pedas ikan, bayam goreng dengan fishball dan juga ayam goreng.
Tahun ini, Ibu dan Ayah beraya di KL sahaja so sesi masak-memasak dibuat di rumah I aje. Kali ni Ibu malas nak tggu lama-lama, humban semua dalam periuk Noxxa, set timer and ibu baring kejap sementara tunggu masak. Hebat tak hebat penangan periuk Noxxa nih.
Dah malam sikit barulah sesi mencari lemang di simpang Ulu Kelang. We all selalu beli di Lemang Pak Ajai, keluar simpang mak aii jem teruk ingatkan orang masih sibuk balik kampung rupanya orang berkerumun nak beli lemang rupanya. Sampai kena beratur tunggu turn nak beli.
Mujur we all tak perlu tunggu lama untuk beli lemang, itupun ada yang menunggu nak beli sampai 11 batang.
Projek pagi raya I yang terbengkalai pada malam raya sebab dah tumbang kepenatan. Bangun awal jam 430am untuk menyiapkan juadah pilihan Daddy Jack dan juga anak-anak.
Antara juada kami di pagi raya, sementara menunggu Ayah dan Ibu datang lepas solat, sempat la mengemas apa yang patut.
Sejuk pagi raya ni, cuaca pun mendung aje.
Laksa Johor ni kesukaan Daddy Jack dan anak-anak, hanya dibuat pada hari tertentu ajelah, bukan boleh buat setiap hari. Tak tahan bahan sampingan tu especially timun yang kena ada hirisan special, bukan jenis macam potongan timun laksa Penang, cara hiasan spaghetti pun ada caranya juga. Memang remeh.
Kali ni kuahnya agak kurang sikit rasanya, bila dibelek-belek rasanya terlupa letak udang kering sikit bagi perisa tambahan.
Dah malam pun masih makan hidangan raya, itupun bekalan yang dibawa oleh mak mertua, siap ada kuah lodeh dan juga rendang ayam. Alhamdulillah, Raya yang best disambut di KL dengan kedua-dua belah pihak berada disini.
No comments:
Post a Comment