Nuffnang Ad

Wednesday, 28 September 2016

Borneo Cup, Sabah

Tahun ni sepatutnya ada Borneo Cup di Kota Kinabalu, Sabah tapi cancel cos tak cukup pemain untuk pergi. Maklumlah, UPSR baru habis dan minggu ini sibuk dengan exam PSRA pula kan. So kita berthrow back ajelah Borneo Cup tahun lepas. I tak pergi, tinggal di KL dengan Ryan cos sekolah kan. Daddy Jack hanya pergi dengan Danish aje tapi we all hantar la they all ke KLIA2. First time Danish naik Air Asia time ni. Sebelum pergi, singgah dulu Toys R Us, melihat-lihat apa yang patut tau collection yang masih belum ada lagi.

First time juga berkunjung ke KLIA2 ni, ramainya orang, macam tak putus-putus mana yang nak naik pesawat, yang menghantar malahan yang baru turun pesawat pun berpusu-pusu disini. Kedai-kedai makan pun banyak juga disini, senang nak buat pilihan.

Nampak bersemangat nak main bola jauh di seberang laut sana. Ramai juga his teammates yang naik flight yang sama hari tu.

I yang menghantar punyalah berdoa agar semua urusan mereka ni dipermudahkan, maklumlah first time lepaskan they all ni pergi berdua, takut juga kan. Biasalah kita mak-mak ni sentiasa ada perasaan tak keruan, kan.

Petang-petang, ajaklah Ryan gi mengopi sama-sama. Taknak la dia rasa bosan pulak duduk di rumah sorang-sorang tak ada geng.

Antara gambar yang dihantar oleh Daddy Jack, sebelum game bermula so posing la dulu satu team di stadium.

Wah, malam tu depa siap meronda lagi di pasar depan hotel. Melihat gambar-gambar, siap makan seafood semua. Okaylah kan, nampaklah ada aktiviti berjalan sikit dari duduk aje dalam bilik.

Sedapnya seafood

Hari terakhir game, bergambar bersama team dari Australia. Aduhh, teringat masa Danish main untuk kelab di Adelaide dulu.

Dapat tempat ke 4 pun dah cukup membanggakan buat kami sekeluarga. Anak-anak dah minat main bola, so nak tak nak kita kenalah bagi semangat untuk support minat anak-anak. Tahun depan dah kena prepare untuk UPSR, so banyak aktiviti yang kena dikurangkan cos sekolah they all ni memang pulun habis-habisan untuk extra class lepas waktu sekolah.

No comments:

Post a Comment