Nuffnang Ad

Saturday 24 September 2016

Aktiviti sekolah anak-anak

Minggu ini penuh dengan aktiviti sekolah anak-anak, maklumlah exam final dah maki dekat, hujung Oktober dah start exam dah so sekarang ni banyak buat latihan mengulangkaji dan projek paper ajelah.

Malam-malam buat revision pelbagai subjek. Tuisyen pun dah mula melatih tubi anak-anak untuk mengingati semua subjek yang diajar.


Subjek Bahasa Arab memang we all agak lemah, maklumlah me and Daddy Jack bukanlah pernah mengambil Bahasa Arab, kalau ambik pun zaman sekolah agama dulu, setakat tahu yang basic ajelah.   Mujur ada Danish yang boleh jugalah tengokkan homework adiknya, so minggu ni kebetulan dah ada dah cikgu tuisyen Bahasa Arab yang boleh datang ke rumah untuk mengajar mengaji dan juga bahasa Arab.

Setiap hari Jumaat, akan meluangkan masa ke Majlis bacaan Kahfi di sekolah the boys. Seronok tengok anak-anak sekecil darjah satu diajar membaca surah al kahfi setiap Jumaat untuk keberkatan.

Danish join Robotic Club setiap Isnin di sekolah, beberapa minggu ni akan ada pertandingan Robotik peringkat sekolah, mudahan-mudahan Danish akan berjaya di dalam pertandingan robotiknya yang pertama ini.

No comments:

Post a Comment