Nuffnang Ad

Monday 12 June 2017

Berbuka with inlaws

Weekend lepas mendapat jemputan berbuka di rumah inlaws so pagi-pagi tu dah ke Pasar tani mencari apa sahaja yang boleh dimasak untuk dibawa bersama-sama. Pergi pasar tani pun dalam pukul 9am, so dah panas dah then banyak juga yang dah habis.

Sempat menyambar keropok timbang ni tapi banyak stok yang belum sampai lagi, mungkin nanti bila dah menjelang raya baru ada banyak pilihan.

Ternampak pula ada yang menjual batu seremban ni hah, nampak elok jahitannya. Bolehlah try main time berpuasa ni hah nanti.

Mencuba untuk menanam beberapa tumbuhan pokok bunga dan juga daun pandan. Dulu dah pernah tanam, pastu tak berjaga, so mati sebab tak siram aje.

Sementara menunggu I membuat persiapan, sempat jugaklah 3 beranak ni layan main games kat hall, suasana dah tentulah hiruk pikuk dibuatnya.

Terbau-bau durian di Giant, so belilah untuk dibuat pengat durian dengan cicah roti masa berbuka nanti.

Lepas berbuka, semua keluar bermain bunga api pulak.

Lepas main bunga api, sementara ada yang pergi terawih kita pun sambung makan lagilah jawabnya.

Tak cukup moreh di rumah, sambung pulak moreh di NZ. Ohh ketar oii selama seminggu tak jumpa mamak, dapat pekena teh ais, nikmat rasa tekak.

Makan roti canai aje dengan teh ais pun dah cukup rasa nikmat di bulan puasa.

No comments:

Post a Comment