Nuffnang Ad

Tuesday, 20 June 2017

Berbuka di luar

Dah akhir-akhir Ramadhan ni makin malasnya nak masuk ke dapur untuk masak so rajin la pulak makan di luar. Antaranya berbuka di NZ sambil makan roti canai dan mee goreng telur goyang. Dapat minum teh ais, nyaman rasa tekak.

The boys sibuk nak berbuka di Madam's Kwans, tak puas katanya nak makan hari tu so sekali lagilah we all ke sana.

I dapat the favourite Banana Fritters cukuplah, itu pun rasa nikmat tak terkata

Danish antara yang happy sekali bila dapat buka puasa di luar, cos dapat la release stress sikit daripada extra class setiap hari di sekolah.

Balik aje dari berbuka puasa, semua sibuk nak buat kuih raya pulak. Resepi yang simple boleh difikirkan adalah Chocolate Chips Cookies, so bancuh and then suruh the boys tolong scoopkan atas baking tray. Now, biskut pun dah lesap, kena buat lagi.

No comments:

Post a Comment