Nuffnang Ad

Monday, 12 June 2017

Menu berbuka puasa

Dah masuk 17 Ramadan dah, sepanjang bulan puasa ni belum lagi menjejakkan kai ke Bazar Ramadan. Tak tahu nak cari apa disana, tak tahan nak bersesak-sesak dan mencari parking kereta berpusing-pusing so since cuti sekolah 2 minggu, kita duduk dapur and masak ajelah kerjanya. So far ini adalah antara menu berbuka puasa bersama keluarga dan anak-anak. Roti Jala memang tak boleh dilupakan.

Kuih Cara Manis pun dah buat, ada lebih sikit pass pada jiran-jiran sekeliling bagi rasa sorang sikit.

Kalau tak menu nasi, mee goreng basah menjadi pilhan semua. Tapi nasi tetap dimasak untuk makan sahur.

Kalau ada lebih buat juadah berbuka, hantar juga ke rumah mak mertua ataupun Ibu. Tapi Ibu jarang ada di KL, kadang balik Kuantan.

Nampak meriah jugaklah walaupun hanya kami berlima aje di rumah yang berbuka.

Ada nampak beli pulut susu hari tu, terpikir-pikir nak masak apa untuk berbuka

Jadilah kuih lopes, tapi tak ada tali rafia, terpaksalah gunakan sushi maker untuk buat template tu.

Kalau menu nasi, bukan sekadar makan nasi putih, nasi ayam pun boleh. Cuma terfikir bila pulak nak buat menu nasi lemak untuk berbuka.


No comments:

Post a Comment