Nuffnang Ad

Wednesday, 14 June 2017

Sepetang di Pavillion

Bulan puasa ni kalau duduk aje kat rumah memang lemau la rasa, sebab tak banyak buat aktiviti seperti selalu. Kalau banyak bergerak nanti letih pulak sampai rasa nak berbuka dah. Hai, betul-betul dugaan berpuasa ni.

Kalau dapat keluar merendek. oii gembira tak terkata dibuatnya. Kalau keluar pun taklah awal-awal sangat, dalam pukul 4pm tu dah keluar dah, taklah banyak masa terbuang. Kali ni berjalan pula ke Pavillion, jemu juga kalau selalu ke KLCC.

Daddy Jack mencari kasut untuk buat exercise, katanya. 

Ada banyak new arrival pada koleksi kasut perempuan tapi since tahun ni nak bagi tumpuan pada Danish lepas UPSR baru nak sambung balik aktiviti berlari.

Sementara memanti waktu berbuka, kita pun tengokla aktiviti orang lain. Nampak pulak yang tak berpuasa tengah mengopi kat bawah tu, aduhh tergugat iman dibuatnya.

Sementara tu bawa la anak-anak ke Borders mencari buku-buku nak buat bacaan sementara menanti waktu berbuka.

Then, entah macamana tetiba I dapat kekuatan untuk ke sini. Walaupun tak ada nak membeli (kononnya la kan) tapi still nak melawat kawasan jugalah.

Tunggulah minggu depan, nak buat last minute shopping akan ku angkut beberapa helai kat sini.

Seperti kebiasaannya, berbuka la kami sekeluarga di Madam's Kwan. Anak-anak yang memilih ke sini sebab utama nak makan Nasi Bojari dan Banana Fritters tu. Layankan ajelah tekak anak-anak ni, we all makan yang simple aje untuk berbuka puasa.


No comments:

Post a Comment