Nuffnang Ad

Tuesday, 13 March 2012

Koleksi citer blue

Tajuk entry kenalah gempak, kan..hahahah. Well, we all bukannya kumpul citer Blue Porno tu tapi koleksi DVD Blue Ray la. Di Adelaide, blue ray agak murah, paling murah we all beli around AUD8, lebih kurang RM25 sekeping, and paling mahal dalam AUD15 (RM50) sekeping, but still cheap compare to Malaysia. Cerita pun boleh tahan latest. Offer ni dikira menarik jugaklah bila beli 2 and free 1.

So, pilih punya pilih, sebanyak nie yang menjadi pilihan. Masak ler tuan punya badan nak bayarnya.

So, balik rumah..tulis dalam buku cerita apa yang dah dibeli, so nanti kalau ada offer takut terbeli cerita yang sama pulak.

Beli memang dah banyak, tapi tengoknya entah berapa keping aje. Masa tu tak ada. Like siang I busy dengan hal rumahtangga, Daddy Jack pergi Uni. Malam masing-masing dah penat so mmg tak ada masa nak tgk pun. Even ada yang masih belum buka pun plastik covernya. Hmm, tgk kat Malaysia la nampak gayanya.

Monday, 12 March 2012

Birthday Party

Sabtu lepas, kami dijemput ke rumah Kak Azie untuk meraikan birthday Yaya. Actually, birthday Yaya on 28th Feb, tapi that day hari biasa so Kak Azie plan nak buat majlis kecil-kecilan untuk Yaya dan juga kawan-kawannya.

Masak kami sampai, makanan aje dah penuh meja macam nie. Ni baru Me and Surah yang datang, belum lagi tetamu jemputan yang lain, sure datang dengan bermacam-macam makanan lagi. Sebab tu I suka kalau ada jemputan makan-makan nie sebab banyak makanan yang boleh dirasa.

Kek nie bukannya birthday cake, Kak Azie kata kek suka-suka aje, kek conteng antara Yaya dan Aqil.

Di Adelaide ni, Kak Azie memang terkenal dengan Kek Karamelnya dan juga Cheese Cake. Sampaikan dah buat beberapa kelas pun untuk beberapa kenalan cuma I aje yang belum sempat attend class Kak Azie nie. Just because, I dont like cheese cake, yang sukapun cuma Daddy Jack seorang sahaja. Hmm, nak buat sebiji, jenuhlah nak menghabiskannya.

Mood terlebih rajin, I buatlah kuih kacang@kuih kasturi nie untuk dibawa ke rumah Kak Azie. Actually dah lama juga teringin nak makan kuih nie. Tapi tak sempat-sempat lah nak makannya.

Aneka jenis puding pun ada juga

Since pisang dah murah, boleh ler Kak Azie membuatkan Banana Muffin untuk hidangan tetamu

Kasih seorang Ibu yang sanggup membuat apa sahaja untuk anaknya gembira. Kak Azie begitu bersungguh-sungguh membuatkan kek Barbie untuk Yaya, walaupun Kak Azie kata die tak ada kemahiran nak membuat buttercrea, Hasilnya mendapat pujian dari semua tetamu yang datang.

Tetamu lelaki menjamu selera dulu, sementara tetamu wanita dok sibuk bersembang di dapur, sampaikan dah tak ingat makan dah. After dah settle tetamu lelaki, so mereka pun duduk lepak diluar rumah sambil bersembang.

Suka Yaya dengan kek Barbienya, tambah seronok bila ramai kawan-kawan yang datang.

Masing-masing tak sabar nak makan kek Barbie, hasil tangan Kak Azie

Sedap kek dan juga buttercream Kak Azie walaupun katanya macam tak puas hati aje. Okay dah tu kak, nanti balik Malaysia masuk kelas buat kek ajelah yer. Tambahkan ilmu, lepas tu nanti Gina dtg tempah kek kat akak ajelah.

Ibu-ibu mengandung paling seronok sebab makan sampai perut sengkak dibuatnya. Makan selagi terdaya la yer, Effa. Lepas bersalin nak kena berpantang pulak. Tak boleh nak makan macam-macam dah.

Otai-otai Adelaide. Ohh, Kak Has dan Kak Nana pun dah nak balik dah, cuma lambat sikit lagilah. Depa berdua nie terroe masak tau. Kak Nana nie I suka kuih bakarnya yang super duper sedap dan berlemak, Kak Has pulak dengan Kari die, maklumlah orang utara si Kari mmg power.

Dah lewat petang sikit, sementara masih ada kawan-kawan Yaya lagi, sessi yang dinantikan, majlis membuka hadiah yang diberikan untuk birthday girl.

Masing-masing tak sabar nak tunggu Princess buka hadiah

Kalau hadiah untuk anak perempaun, macam-macam jenis la, tapi yang paling famous sekali is Barbie doll. Lagipun senang nak cari hadiah untuk girls berbanding dengan boys. Hmm, I dah laluinya so dah rasa susahnya nak cari hadiah untuk boys nie. Hmm, bab baju jgn cakaplah, balik-balik yang sama aje.


Sunday, 11 March 2012

Ouchhhh !!!

Adoiiii !!! Petang tadi jari I tersepit kat pintu kereta. Entah mcmana boleh jadi pun tak tahulah, tahu-tahu dah terkepit dah. Ni okay lah juga, masa mula-mula kena tu, 2 jari memang bengkak sangat. Balik rumah, cepat-cepat letak minyak Mustika, so nampaklah surut sikit. The boys memang paniklah bila tengok I menangis sekuat sebab sakit kan, masing-masing terdiam sekejap. Huhuhuhuhuh.

Saturday, 10 March 2012

Serba segera

Kat sini bahan makan agak limited sikit, taklah macam kita di Malaysia, kan, nak beli benda, ada Giant atau hypermarket yang lain. Kalau malas nak ke kedai atau nak beli barang yang sikit-sikit, kedai mamak and 7E pun okay aje. Sini, semua kena pergi Coles atau Woolies, nak cari barang Malaysia, kenalag pergi Asian Groceries. Orang rumah i nie, kalau buat mee/bihun sup mmg takkan makan cli kicap tu sebab masing-masing tak tahan pedas, yang nak makannya I sorang aje, so malas jugak nak membuatnya so ternampaklah Sambal Bakso ni, so I aje yang makan. Sedap juga sambal nie buat makan denganm sup atau mee kari pun boleh juga.

Barang basah macam serai nie ada aje dijual di Asian Groceries tapi cepat sangat layunya. Even kalau pergi aome Asian Groceries, serai, daun pandan dan juga lengkuas semuanya dibekukan. Bukan itu sahaja dibekukan, antaranya daun pisang, kunyit, even cili padi pun dibekukan juga. maybe sebab cuaca yang agak berbeza so takut cepat rosak pulak. I lebih selesa pakai yang dalam botol aje, sama aje lebih kurang rasanya.
Dah lamanya tak makan roti disapu kaya. My Adelaide's gang ada aja yang rajin membuatnya sendiri tapi I nie tak ramai yang nak makannya. Ni pun tak habis makan lagi. Mujur la ada Kaya Yeo's nie, hmm sedap makan roti disapu kaya sambil minum kopi panas, ala-ala Kopitiam, kan.

Friday, 9 March 2012

Oh ! Mak Siti

Balik Malaysia lepas, bersungguh-sungguh mencari rempah sup Mak Siti nie. I dah jatuh cinta sama ini rempah la. First time rasa masa tu kat rumah di Malaysia, nak buat sup tapi rempah yang selalu pakai, ADABI kut tak ada so kebetulan pulak ada lah orang bagi sample kat Ayah, so kita belasah ajelah and it turned up so sedap giler, sampai licin periuk hari tu gara-gara penangan rempah Mak Siti. So, apa lagi, konon nak pergilah Giant atau Carrefour nak memborong untuk bawa balik Adelaide, sekali semuanya out pf stock pulak. Aduh !!! manalah pula nak mencarinya sebab, then sempat juga tu singgah at JJ, and mujur la ada, so borong 6 bungkus besar sekaligus. Tahan tak sampai tahun depan agaknya yer..winter dah tak lama lagi nie, hmm, sup sesaja la nampak gayanya.

Product Mak Siti ni kan memang terkenal dengan rempah ratus nie, so sup die memang lain dari yang lain. Kuahnya taklah hitam but ada sedikit keperangan, and rasa rempah tu ada kelainan sikit. Kalau buat me/bihun sup, memang sedap sangat. Bolehlah sesiapa cuba, dijamin sedap sangat !

Balik lagi...

Aduh !!! Lepas sorang, sorang balik meninggalkan Adelaide nie. Sayu terasa bila baru nak beramah mesra, dah kenal sesama, tiba-tiba nak berpisah jua. Bila dah balik Malaysia, rasanya dah payah nak berjumpa sebab masing-masing dah sibuk dengan urusan masing-masing. Antara yang balik tahun nie adalah Kak Ina, sebelum nie Kak Leeza yang merupakan saudara kepada Kak Ina ni. Kak Ina antara yang terawal juga menyambut Daddy Jack ke Adelaide ni, siap ambil Daddy Jack from kampus Mawson Lake lagi. Sebab tu rasa sedih bila Kak Ina nak balik dah.

Tak sangkalah ada 2-3 orang yang datang melawat Kak Ina juga. I sempat goreng mee aje, itupun tak tahulah apa rasanya sebab dok kelam kabut dengan the boys lagi. Rupanya Kak Ina sia buat mee tomyam lagi. Penuh jugaklah perut makan sambil menyembang nie.

Semua yang datang nie tak berkesempatan nak menghantar Kak Ina ke airport sebab hari biasa, kan. Ada yang terikat dengan hal uni, menguruskan anak-anak balik sekolah dan macam-macam hal lagi. Tapi tak apa, dah datang menjenguk serta mengucapkan selamat tinggal tanpa di airport pun dah cukup sebab dibuatnya.

Ni gambar lama masa kami dijemput dtg ke rumah Kak Ina...selamat jalan Kak Ina. Hmm, nampaknya satu-satu kembali semula ke tanahair. Makin berkuranganlah teman-teman seperjuangan di Adelaide nie. Yang balik makin ramai, yang datang macam tak ada aje.

Terima kasih Kak Ina diatas segala pertolongan dan juga persahabatan Kak Ina dengan keluarga kami. Insyallah, kita bertemu di Batu Pahat yer (Kak Ina from UTHM)..takpun kat Subang aje, lagi senang. Kalau kat BP, bolehlah belanja nasi beriani power di sana. Tak payah nak pikir bab masak-masak macam berada di Adelaide. All the best, Kak Ina.

Thursday, 8 March 2012

Accident

Isnin lepas, ada accident depan rumah. Hmm, rumah tepi main road nie memang akan meghadapi keadaan macam nie la. Selalu juga terdengar brek kereta, so tertunggu juga kalau-kalau terjadi accident, so dapatlah tengok dengan jelas sebab kejadian memang betul-betul di depan rumah. I tengah masak masa tu, dengar kenderaan maca emergency break them dum !!! kuat sangat..,tgk kat tingakp, sah ler, ada yang dah kena..Kejadian antara sebuah lori dan juag kereta yang dipandu oleh pasangan warga tua, nampaknya tiada kemalangan jiwa, tapi kereta couple tu memang teruk la sikit, kena hentam depan belakang.

Lepas aje, lori tu langgar kereta, apa lagi, berlari la orang membantu couple ni, even ada juga yang memberhentikan kereta, bukan nak tolong tengok, tapi tolong membersihkan serpihan yang ada di atas jalan agar tak kena kenderaan lain, terkejut juga tengok. I sampai tutup kuah yang sedang dimasak sebab nak tgk kejadian nie..sungguhlah kepochi, kan. Apa yang I perhatikan, within 5 minutes, polis dah tiba, satu dengan kereta biasa, dan satu dengan patrol car. Then, ambulance pun sampai, 2 biji juga. Efficient sungguh, tapi yang I noticed, kenderaan bergerak seperti biasa, tiada la jalan tu jammed sampai berjam-jam lamanya. Even yang berjalan kaki pun taklah sama sibuk di tempat kejadian. Polis siap ambik report disitu juga, so saksi yang nampak kejadian terus diambil statementnya disitu juga.

Tak lama lepas tu, bomba pun sampai. I heran juga, tak ada yang terbakar atau yang tersepit tapi rupanya disini kalau kemalangan melibatkan lori, bomba kena datang takut-takut ada orang tersepit. Hmm, macam tu. Pastu I tengok pihak bomba buka bahagian hadapan kereta untuk memudahkan pihak polis memeriksa keadaan dalamnya. After 10 minutes, semuanya settle, even the firemen siap sapukan jalan bersihkan segala serpihan kereta. Kagum sungguh. Dah settle dengan pihak bomba, tak lama lepas tu datang pulak tow truck unttuk menunda kereta ke bengkel. Yang lagi impressed, hanya pemandu tow truck itu sahaja yang terlibat, tiada pembantu atau beberapa org pekerja. Pemandu tu la yang menarik kereta ke atas tow truck, ikan dan jalan. Lepas tu jalan kembali seperti biasa, seolah-olah macam tiada apa yang berlaku. Heran sungguh...hmm, kalau accident terjadi di Malaysia ? Kita pikirlah sendiri yer..



Monday, 5 March 2012

Busy Bee

thank you, Mr Google

Hari nie tak sempat nak update apa-apa pun cos busy sikit, actually since weekend lepas cos Danish tak berapa sihat, sakit gigi then on Saturday memenuhi undangan birthday party, then balik pun penat. On Sunday, pulak pagi dah keluar ke Sunday Market, usual activity then lepak, and tengokkan Danish yang sakit gigi lagi..then today, since pagi tadi...ada pulak accident depan rumah nie, then pukul 12pm bergegas ke klinik gigi untuk Danish's appointment. Balik tadi pun, just lpak cos baru terasa penat...tomorrow will be normal as usual yer.

Friday, 2 March 2012

Cuti

Danish cuti hari nie, bukannya sehari tapi dua hari, sampai hari Isnin sebab cikgu-cikgu dikerahkan untuk menghadiri bengkel. Hmm, seronoklah budak-budak yer. Kalaulah sistem nie dipraktikkan di Malaysia, macamana agaknya? Cikgu tentunya suka sebab tak payah nak ganti kelas tapi tang melompat sure lah mak ayah sebab siapa yang nak jaga anak-anak mereka bila mereka kerja, kan.

Disebabkan hari nie cuti, so semalam sekolah Danish menganjurkan majlis disco untuk students nya. Danish beria-ia nak pergi tapi we all cakap elok-elok lah tak payah pergilah. Nanti bila balik Malaysia tak ada konsep tari menari nie. Okay aje die.

Thursday, 1 March 2012

Import dari Malaysia, lagi

Kalau balik Malaysia, tak sahlah kalau tak mengangkut barang-barang makanan, kan. Balik yang baru nie, taklah angkut banyak pun, sebab tahu ada lebih kurang setahu aje lagi. Lagipun, kami taklah ramai so makan pun sikit-sikit aje. Antara yang sempat diangkut bawa balik, keropok keping nie, suka tengok yang warna-warni tu.

Manalah tahu, tiba-tiba ada tetamu yang nak datang rumah tanpa beritahu awal, so kenalah sediakan kuih muih sikit. Tepung cucur Adabi pun okay juga kalau dibuat kuih untuk tetamu, kan.

Tepung nie ibu yang suruh bawa balik, manalah tahu nak tunjuk terror buat kuih koci masa puasa nanti, hmmm. Kena cubalah mcm gitu nampaknya.

Bubur caca pun diangkut juga. Hmm, sementara tengok keledek ada di market nie, buat bubur caca dengan keledek pun sedap jugak, kan.

Nak memberanikan diri untuk mencuba membuat nasi dagang. Tak tahulah bilanya nak ada keberanian itu. Jangan hanya angan-angan mat jenin udah ler.

Air kordial bukannya tak ada dijual di Adelaide nie, ada aje tapi tak berapa sedaplah so angkut jugak 2 botol sirap ros nie. Tak tahulah mana satu yang sedap samada Cap Tamin ataupun keluaran Yakin. Belasah ajelah, janji sirap.

Buat pelengkap makan laksa Penang ataupun kalau rajin, buat pencicah dengan epal ataupun pear, tak pernah nampak pulak jual mempelam mungkin ada di Asian Groceries tapi tak pernahnya jumpa.