Nuffnang Ad

Wednesday, 15 May 2013

Sure la makan aje

Bila balik Malaysia, seronoklah dapat makan di luar aje, masak pun sesekali aje, itupun kadang-kadang Kak Milah yang tolong masakkan. Maklumlah, balik sekali-sekala so naklah cuti rehat, kan. We all balik sepanjang 12 hari lepas banyak menghabiskan masa di Kuantan aje. Di KL jarang sangat makan diluar ada ajelah pergi makan di NZ Curry House bila breakfast. 

Bila balik Kuantan, terus we all bergegas ke Shahzan Hotel untuk makan tengahri dengan Ibu cos Ibu tak masak dirumah, so lunch luar aje, lagipun Ayah agak sibuk so Ibu makan dengan we all ajelah. Kalau pergi Shahzan Hotel, menu cucur ikan bilis adalah salah satu starter kegemaran kami.

Kalau ke Shahzan Hotel, if tak try their mee curry mmg sangat rugi. Rencahnya lagi banyak dari mee, dengan ada sotong, udang and kerang punyalah berlambak. Masa balik December lepas, tak dapat merasa makan mee kari sebab masa tu baru cabut gigi so tak dapat nak menikmati kelazatan mee kari ini. Ada yang cakap selain dari mee kari disini, Mee Kari Planet lagi sedap tapi I tak pernah mencubanya lagi. Tunggu balik Kuantan sekali lagi so bolehlah mencuba mee kari lain pulak.

Dah namanya ke Pantai Timur so takkan lah tak nak merasa makan nasi dagang, kan. Tambah pulak sambil minum teh ais dipagi hari sebab kepanasan punya pasal.

Bulan November lepas, masa balik tak sempat nak melepak Starbucks so balik kali ni curi-curi masa untuk lepak sini kejap.

Hari tu ada bawa balik strawberry from Adelaide tapi dah habis dimakan so nampak yang Korea punya di Carreffour, merah warnanya and taklah masam sangat, lebih kurang aje rasanya mcm di Adelaide. Tengok chocolate dips yang dibawa balik from Adelaide ada lagi, so lagilah sedap.

Tak selalu we all makan diluar, adakalanya makan dirumah aje, sesekali balik, makanan dimasak penuh meja. Macamanalah tak gemuk dibuatnya.

East meet West, Nasi Kerabu vs Croissant, dua-dua sedap aje

Ryan's first outdoor activity, minum petang di tepi kolam ikan sambil makan goreng pisang, keropok lekor dan juga beberapa jenis kuih muih.

Bila cuaca panas, Starbucks Frappucino menjadi pujaan

Nice Salmon Steak at Black Canyon, East Coast Mall Kuantan. Balik 12 hari badan mcm belon so balik Adelaide kena kuatkan semangat, berpuasa dan berpantang dari makan benda-benda yang menggemukkan. I tengah berdiet, so harapnya kali ini semangat ada sikit kental dan berazam dengan lebih gigih lagi.
 

Tuesday, 14 May 2013

Kembali beraksi

Alhamdulillah Ryan is getting better. Ni gambar after sehari lepas bersunat. So dilayan macam raja la, semua kehendaknya dilayan. Makan pun sambil baring. Tapi ngeri sikitlah bila nak buang air and mandi tu kan, kena jaga betul-betul. Ubat pun doktor hanya bagi ubat sapu dan juga ubat tahan sakit aje.

On 1st May tu, we all bergerak balik ke Kuantan, sepanjang jalan tu Ryan tidur aje and make sure tidak bergerak sangat. Siap belikan makanan siap-siap dalam kereta so tak perlulah berhenti di mana-mana RnR untuk makan.

Hmm, mula sampai Kuantan tu berdua aje dengan Danish so main game and layan tgk TV ajelah tapi bila weekend, ada cousin yang lain datang bertambah meriahlah. Tambah pulak cousin semuanya lelaki so aktiviti bermain bola adalah salah satu kemestian.

Ryan pun dah nampak cergas, dan boleh memakai seluar. So kasi la lepas bebas main bola sekejap. Tapi tetap tak nampak macam orang lepas bersunat.

Dah cergas and main bola, mmg betullah Dr Mohamed cakap...3 hari dah okay dah, boleh main bola. 

Sunday, 12 May 2013

Kisah Ibu Saya


SELAMAT HARI IBU

Ini Ibu saya, Rohizah Ahmad yang dilahirkan pada 25 Disember 1953, Ibu saya berumur 59 tahun. Ibu saya sudahpun pencen dan sekarang menguruskan hal rumahtangga serta membuat beberapa kerja amal. Tahun ini, Ibu telahpun menjadi yatim piatu apabila Mak dan Tok Abah telahpun tiada.

Saya anak yang sulung, sebelum itu Ibu dah beberapa kali keguguran. Ibu melahirkan saya sewaktu Ibu berumur 24 tahun. Ketika itu Ibu ditinggal bersama Mak dan Tok Abah di Sentul. Saya ditatang bagai minyak yang penuh, maklumlah saya anak sulung dan juga cucu sulung belah ibu. Saya masih ingat lagi bila tiba harijadi saya, Ibu tak lupa untuk membuat sambutan hari lahir saya.

Banyak kenangan saya bersama ibu yang saya masih ingat sampai sekarang tetapi yang paling saya ingat bila Ibu sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan semata-mata untuk temankan saya belajar bila saya ambil SPM tahun 1996 1993. Itulah pengorbanan Ibu yang paling bermakna buat diri saya.

Ibulah yang menjadi Ayah dan juga Ibu bila Ayah sibuk menguruskan urusannya, menjadi makcik kantin yang mneyediakan makanan untuk kami semua, menjadi driver ke mana sahaja kami pergi, pergi sekolah dihantar dan diambil oleh Ibu sebabkan Ibu tak percayakan pakcik-pakcik van sekolah, pergi tuisyen pun Ibu yang hantar, adakalanya tunggu sampai habis waktu tuisyen. Ada masanya saya agak rimas juga bila Ibu yang ambil dan hantar ke sekolah sedangkan kawan-kawan yang lain dah boleh naik public bus untuk pergi dan balik sekolah tapi lama-lama saya sedar yang Ibu buat semua itu bukan bertujuan nak mengongkong kami semua tapi untuk menjaga kami agar tidak mudah terpedaya dengan pengaruh rakan-rakan sebaya.

Ibu juga mempunyai hobi yang lebih kurang sama dengan kami semua, adakalanya Ibu turut bermain bowling, lepak kedai mamak, sebabnya tak nak anak-anak rasa bosan duduk di rumah. Ibu pun turut tahu perkembangan semasa artis-artis agar ada benda yang boleh diborakkan dengan kami bila duduk semeja. Tapi adakalanya apa yang Ibu minat tak sama dengan kami semua, mcm cerita Korea. Itu kami tak tahu mana Ibu dapat minat tu. Bila start pegang remote ASTRO, maka bertukarlah Channel Mustika HD kepada Channel TV Korea sampaikan adakalanya berebut remote dengan cucu sebab cucu sibuk nak tengok ASTRO Disney Junior.

Ibu sempat melawat saya di Adelaide selama 2 minggu sahaja itupun rasa tak puas dan saya harap agar tak lama lagi Ibu dapat spend her time lagi dengan saya disini. Ibu adalah segala-galanya buat saya, tanpa Ibu siapalah saya. Ibu juga banyak memberikan tunjuk ajar buat saya, dari segi nasihat, petua serta perilaku untuk menjadi seorang isteri serta Ibu yang berjaya. Insyallah, saya akan cuba mempraktikkan segala yang diajari olehnya.

Semua social media Ibu ada, Facebook, Instagram, Webchat malahan Whatsapp pun siap ada laman sembang untuk gossip dan bertanya khabar buat kami adik beradik semua padahal sorang di ruang tamu dan sorang lagi di dapur. Ibu juga ada penyakit...penyakit typo error yang menyebabkan adakalanya kami pening memikirkan apa yang hendak ditaipnya dan tak sangka saya pun dah terkena penyakit itu juga.

Terima kasih buat Ibu untuk segala-galanya. Tak terbalas jasa ibu itu dengan apa sahaja benda dalam dunia ini. Yong doakan agar Ibu sihat sentiasa, sentiasa dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Semoga Ibu sentiasa dilindungi Allah SWT dari sebarang bencana. Yong selalu mendoakan kebahagian Ibu dan Ayah setiap kali lepas sembahyang. Insyallah, Yong akan cuba untuk menjadi anak yang baik buat Ibu dan akan cuba membalasa jasa Ibu buat Yong selagi yang Yong termampu.

Dan saya akan cuba untuk menjadi Ibu yang baik buat suami saya dan juga anak-anak saya Danish Imran dan juga Rayyan Irfan. Saya akan memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka, berusaha untuk mendidik mereka untuk menjadi anak-anak yang berjaya serta menghormati orang tua. Saya masih di peringkat untuk belajar menjadi Ibu walaupun anak dah masuk dua.  Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan saya serta kepincangan di dalam mendidik anak-anak. Saya tahu, ianya bukanlah satu tugas yang boleh dipandang ringan, ianya satu tanggungjawab yang besar buat saya. Insyallah, saya akan cuba untuk berjaya. Doakan saya yer.

Buat Ibu-ibu, bakal ibu yang membaca blog saya ini....
Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua. Anda adalah Ibu yang terbaik buat keluarga anda semua.
Muahsssss

Friday, 10 May 2013

Kembali semula

 After 12 hari di Malaysia, kini kami semua kembali meneruskan kehidupan seperti biasa di Adelaide. Lagipun tak lama lagi kami pun akan balik for good so balik Malaysia pun bukannya suka-suka tapi ada sebabnya. Perjalanan menunju ke airport agak stress sikit. We all sempat ke KLCC pagi tu and keluar from KLCC at about 230pm. Kemas-kemas barang then dalam pukul 5 after Asar berangkat ke airport. We decided untuk naik ERL aje sebab senang takut jam di mana-mana. Dalam perjalan menuju ke KL Sentral, hujan turun dengan lebatnya, tak sampai sejam dah mula sesak jalan. Di Jalan Duta, dah stuck. Dekat 2 jam duduk dalam kereta. Panik kejap bila nampak motor menongkah arus, bila tanya katanya mereka air naik dihadapan. Aduh !!! lagi kaget dibuatnya. Dalam hati, dah rasa tak sempat and terpaksa menunda balik ke Adelaide. Sampai di KL Sentral, tak boleh check in katanya dah lambat so dengan harapan boleh lah di KLIA nanti. Bergegas berlari ke ERL bersama-sama budak-budak kecil yang ikut. Phuh !! Mujur semua urusan dilancarkan oleh Allah SWT.
 
 
Tak sempat nak makan di KFC serta menhabiskan waktu dengan family semua. Sempat bungkus aje and makan di dalam departure hall. Mujurlah we all tak perlu naik aerotrain, kalau tak lagi lama rasanya. Makan KFC pun disini sebab taknak perut kosong nanti bila dalam flight. Nak tggu pihak crew sediakan makanan takut nanti the boys kelaparan pulak.

Flight tak penuh so dapat we all pilih seat masing-masing untuk tidur dengan selesanya. Sejam after flight berlepas, we all dihidangkan dengan dinner. Pilihan makanan kali ini agak tegang..hahaha semua nampak sedap. I pilih beef casserole, sebab ada nasi. Tak makan nasi satu hari so nanti takut pening kepala pulak nanti.

Ryan masih belum tidur lagi, so he want chicken for his meal.  Itupun nampak sangat menyelerakan.

Entah kenapa pulak Ryan ni tidur lambat, selalunya dah take off tu mata pun dah lalok nak tidur. Tapi terbalik pulak dengan Danish kali ini yang nampak letih sangat. Maybe sebab siang tu dah berjalan ke KLCC and then sempat lagi main bola kejap.

  Danish tido dari take off bila nak landing baru terjaga

  Daddy Jack pun sama jugak

Makan Ryan, kita jugak yang untung sebab masih berjaga lagi. Tak lama lepas tu, Ryan pun tido. I tak boleh tidur sebab nak kena berjaga-jaga manalah tahu ada yang terbangun nak ke toilet. So untuk mengelakkan agar tak tidur lena, layan lah movie sekejap tapi pihan tak banyak, just layan Pretty Woman ajelah.

Ingatkan Adelaide dah sejuk sebab before balik Malaysia cuaca agak sejuk sikit sekali keluar from arrival hall, matahari terpancar terik walhal baru pukul 8 pagi. Mujur tak pakai baju sampai 2 lapis. 

Sampai aje rumah, rasa lemah...hahahah biasalah masih mood Malaysia kan. Mujur dalam fridge ada karipap yang difrozenkan so goreng and buat teh o then dicicah dengan tomato relish. Ohh sedapnya sambil mengambil fresh air di backyard.

 Dapat 2 surat cinta from Mr Posto. Pertama surat from Cik Agen yang nak datang untuk inspect rumah next Thursday. I belum pernah cerita pasal my agen disini kan, nanti after inspection I ceritakan yer. Next letter is electricity bill. Ohh ini lagi gerun dari terima surat from agen. Bil elektrik dan gas adalah salah satu nightmare disini. Hahahahha, bukannya apa, harga elektrik sangat mahal disini tambah pulak bila time summer dan juga winter bila heater and aircond digunakan. Penggunaannya pun kenalah seminima yang boleh agar bil tidak melambung tinggi. Bil elektrik dan juga gas bukannya diterima setiap bulan mcm di Malaysia, setiap 3 bulan so kenalah pandai budget. So far, Alhamdulillah bila elektrik we all tak cecah pun AUD150 setiap kali tiba walaupun dapur kami menggunakan electric.

Another reason we all tak cuti lama di Malaysia is that Ryan ada photo session on Wednesday. So lepas aje we all sampai rumah, makan kejap then dalam pukul 10am bergegas ke sekolah untuk sessi bergambar. Thanks to Ummi yang menolong untuk bertanyakan kepada pihak kindy sessi waktu bergambar.  Lepas ambil gambar, then we all terus pergi makan di South Road, then balik terus rehat. Tak lama lepas tu Ummi datang pulak menghantar mee bandung. Alhamdulillahj, rezeki untuk dinner nanti. Terima kasih, Ummi.

Thursday, 9 May 2013

Janji ditepati, kenduri menanti


 
Daddy Jack telah pun mengotakan janjinya di Malaysia, nak potong rambut tapi silaplah suruh I yang beritahu the hairdresser gaya rambut yang sesuai.

Sebelum dipotong, I yang tengok pun rasa rimas jugak Daddy Jack ni berambut panjang.

Hah, kan elok rambut pendek mcm ni. Ini pun belum cukup pendek lagi, nak tunggu pendek betul, kena tunggu masuk kerja baliklah jawabnya. Sedih sungguh Daddy Jack bila rambutnya jadi sebegini rupa. I pernah berjanji, if Daddy Jack potong rambut, I akan buat kenduri untuk jamu kawan-kawan..so dah janji ditepati so kena prepare untuk kenduri la pulak nanti.

Jomlah I belanja kat Old Town, untuk mengubat hatinya yang lara itu. Dah lama tak makan di Old Town, mujur balik ni sempat makan roti kukus yang sangat sedap. Rupanya dah macam-macam menu bertambah di OTWC ni, ada menu nasi lagi. Tak sempatlah nak cuba.
 

Friday, 3 May 2013

Warna-warni pilihanraya

Balik Malaysia dikala tengah hangat untuk pilihanraya, permandangan pada 5 tahun yang lalu tapi tahun ini sengit rasanya, bukan sahaja kempen melalui rumah ke rumah di Facebook pun sibuk orabng berkempen entah apa-apa tah, sampaikan rasa bosan tengok FB sekarang ni, ada aje newsfeed psl politik sana-sini. Keyboard warrior pun sama banyak jugak, tak tahu mana yang betul, auta atau fakta. Pedulik !!!

Bendera pelbagai parti politik merata-rata, di atas bukit, tepi jalan raya, penuh dengan bendera. Ada tu sampai ke tiang letrik diletaknya.


 Ada yang creative, membuat pelbagai replika dengan menggunakan bendera parti masing-masing

  
Ayuh Malaysia, pilihlah dengan tepat. Pikirkan masa deoan anak-anak kita yang akan membesar, berikan merek apa yang kita alami dulu dan kini. Memang ada pro and kontranya tapi kita jadikan Malaysia ini negara yang aman damai, minta dijauhkan dari unsur-unsur yang negatif. Sedih tengok kita sesama kita berbalah sesama atas kepentingan politik. Jangan taksub sangat, pikirkan masa depan negara dan kita semua. Selamat mengundi rakyat Malaysia !