Nuffnang Ad

Saturday, 21 November 2015

Dating berdua di KLCC

Hari Sabtu selalunya ginilah aktiviti kami anak beranak, lepas settle main bola di The Camp, One Utama kalau rajin singgahlah bersarapan di IKEA. Tapi kalau selalu sangat menyinggahnya bosan la jugak.

Dah drop anak-anak dirumah dengan bibik, so keluar berdua pulak ke KLCC. Saja aje berjalan berdua, lama dah tak jalan berdua. Singgah BATA tengok kasut-kasut yang dah makin cantik designnya.

Singgah sebentar untuk membeli hadiah pesanan dari Ayah untuk wedding present, beli crystal ajelah senang.

Dah settle semua hal, barulah terasa lapar. So menuju ke Madam Kwan's untuk makan our late lunch. Kuay Teow Goreng dan Nasi Bukhari jadi pilihan.

Kalau ke Madam Kwan's tak sahlah kalau diakhiri dengan Banana Fritters ni, sedap tapi kena makan perlahan-lahan sebab perut dah kekenyangan sangat-sangat dah.

Tuesday, 17 November 2015

Jerebu punya hal

Sekejap dulu, Malaysia dikejutkan dengan kes pencemaran jerebu yang agak teruk gara-gara pembakaran hutan di Indonesia. Pertama kali sekolah ditutup selama lebih kurang seminggu gara-gara tahap udara yang tidak sihat. Kebetulan pula, minggu exam so memang banyak implikasinya kepada the boys dalam membuat revision.

Sepanjang cuti jerebu tu, memang tak keluar rumah langsung, sebab membuat sesi ulangkaji bersama-sama dari pagi sampai petang. So tak keluar rumah kita masak ajelah kerjanya.

Kadang tu bosan juga terperuk dalam rumah, so bila rasa okay, keluar la kejap ke kedai area dekat rumah, makan roti canai dan juga teh tarik.

Since tak boleh keluar rumah, main bola juga terpaksa dikuarantinkan. The boys tetap setia dengan bola, so buat lakaran ajelah hal-hal lawan bola ni.

Sesekali keluar berjalan-jalan dengan Ibu, pusing-pusing tengok KL tapi tahap udara memang sangat teruk la, sampai dah hampir nak kuning dah.

IKEA Cheras, sebelah RHB aje rupanya. Tapi taknaklah melawat dalam masa terdekat ni, tunggu keadaan reda sikit then baru nak pi sini. Kalau nak ke IKEA, selesa lagilah nak ke Damansara tu sebab rasanya semua org akan tertumpu ke sini.

Masak adalah satu kemestian, so malas betul nak masak 2-3 kali so masak terus sampai ke malam.

Lama kelamaan, cuaca pun dah nampak okay sikit, so bolehlah kita jalan jauh sikit. Bukan jauh mana pun, KLCC aje.

Sambut birthday Hannan, dah besar dah adik bongsu I ni, business pun Alhamdulillah dah semakin dikenali ramai. Semoga terus dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan juga cepat bertemu jodoh.

Sedap pulak sambil menaip entry ni sambil melihat gambar pulut mangga ni, esok nak carik la pulut mangga ni, sedap lagi kalau dapat buat sendiri, makan sampai puas.

Sunday, 15 November 2015

Dari dapur Gina Manan v2

Lately, selalu sangat tekak kering and batuk-batuk, so mencuba madu dan lemon dalam minuman untuk kelegaan tekak. Alhamdulillah, berkurangan sikit sakit tekak dan batuk.

Weekend jarang masak nasi, selalunya makan yang ringan-ringan aje lah bila malam sebab tak larat nak masak dah. Pizza la selalu menjadi hidangan malam. Kalau sempat buat doh sendiri, kalau tak sempat beli doh kat Bake Well ajelah.

Pagi-pagi kalau rajin bangun awal, berhempas pulas menyediakan hidangan Amaerican Breakfast, cumanya tak makan di katil, tapi meja makan la.

Kalau tak berasap dapur, tumpang dapur kedai ajelah jawabnya kita

Mencuba resepi Peria Goreng ala Mamak, tak begitu menjadi sangat, tapi bolehlah rasa

Petang-petang if tiada halangan, sempat la menyediakan bubur jagung sambil cicah dengan roti paun.

Ini lauk serius pemalas, tapi sedap to the max...sambal sardin

Breakfast ala-ala hipster sekarang kan. Nampak merata-rata cafe dok upload macam-macam jenis breakfast di FB so kita pun tak nak ketinggalan jugaklah.

Ini menu nak menghabiskan apa ada barang dalam fridge tu, semua main campak-campak ajelah dalam kuali, letak entah apa-apa jadilah satu lauk. Memasak ni kena kreatif, baru boleh mahir.

Bila terasa nak berdiet tu, mulalah sibuk prepare overnight oat, pastu makan dengan fresh fruit eg banana, strawberry even mango. Sedapnya....

Wednesday, 11 November 2015

Hari sukan sekolah

Persiapan untuk sambutan hari sukan sekolah the boys memakan masa sebulan, dengan persiapan, latihan dan juga raptai. Sepanjang minggu sukan, senanglah sikit pakai baju sukan aje, tak perlu pikir nak gosok baju uniform sekolah. 

Majlis berlangsung di Stadium UIA, kena keluar awal pagi untuk mencari parking cos very limited. Anak-anak pun tak sabar nak join, nak suruh sampai seawal pukul 7 pagi. 

Tahun ni acara berbeza macam tahun lepas, semua anak-anak terlibat untuk acara perbarisan. seronok la masing-masing dapat berkawad atas padang. Tahun ni Danish mewakili rumah merah dan Ryan di dalam rumah kuning.

Danish menyertai perarakan kawad utama mewakili rumah merah. Bersungguh-sungguh training setiap hari sewaktu minggu latihan sukan.

Walaupun panas, semangat kesukanan tetap diteruskan.

Ryan mewakili rumah kuning dalam 2 acara, tak ingat pula acara apa. Tapi nampak seronok la dapat bersukan dengan kawan-kawan yang sama umur.

Ini salah satu acara yang Ryan masuk, membawa bola dalam senduk. Bersemangat sungguh melihat lari dengan penuh gaya.

Game kedua pun berlangsung tak lama lepas tamatnya game pertama. 

Ohhh, tengok gambar baru ingat apa game yang Ryan masuk. Untuk game kedua, acara kepit bantal rupanya. Patutlah tetiap malam practice sebelum tidur cara mengepit bantal dengan betul.

2-2 acara menang, tak ingat acara mana yang dapat pingat emas.

Seronok la dapat 2 pingat mewakili rumah kuning 

As for Danish, tahun ini tiada acara sukaneka cos Tahap 2 terlibat dengan acara padang sahaja. Untuk tahun ini, Danish masuk acara larian 200m individu dan juga 4x100 Lelaki.

Danish beria-ia suruh belikan kasut spike (tak tahu betul ke tak ejaannya) untuk dia menyertai larian ni tapi we all tak belikan, suruh dia pakai kasut biasa ajelah. Baru pertama kali kut masuk acara lumba lari.

Untuk acara individu 200m lelaki tak sangka Danish boleh pecut sekuat-kuat hati dan menjadi juara untuk acara larian tu. Bersorak mak pak sampai tak peduli akan orang lain. Kalau boleh turun track, dah lama dah kami turun.

Tahniah, Danish. Pun pulang dengan 2 pingat emas acara larian.

Ni geng larian team 4x100 Lelaki yang terdiri dari pelajar tahun 4 semuanya. I tak kenal nama, tapi perasan la selalu berkawan dengan Danish time sekolah, sama-sama jadi pengawas pun.

Rumah Merah buat pertama kali menjadi juara rumah sukan tahun ini. Satu pencapaian yang sangat hebat dari ahli-ahli rumah sukan yang begitu bersemangat untuk menjadi juara.

Tahniah Danish dan Ryan, walaupun panas tetap bersemangat nak bersukan. Walaupun mewakili rumah sukan yang berbeza, mujurlah dapat juga pingat masing-masing, kalau tak naya bergaduh berebut pingat.

Balik bersukan, semuanya kelaparan dan letih so makan pun yang ringan-ringan aje, soto ayam dan teh ais jadi hidangan lapik perut ajelah dulu. Balik rumah, rehat puas-puas dah bersukan satu hari berpanas di padang.

Monday, 2 November 2015

Kay El Ce Ce

Weekend selalunya beginilah, kalau tak duduk rumah, sure berjalan ke mana-mana. Kalau tak sempat memasak, makan luar ajelah kita. Selalunya tak makan berat-berat sangat, so makan pun yang ringan aje sebab selalu malam akan berkunjung ke satu tempat yang biasa.

Selalunya lepas Maghrib we all ke KLCC la, mana lagi. Walaupun masa tak lama tapi selalunya bukannya membeli pun, lepak aje pastu pergi makan. Itu aje. Sekarang ni jatuh cinta la dengan koleksi baju dari Uniqlo, dah beli a few so nanti nak menambah lagi.

Wehuuuu, La Juiceria dah buka outlet di KLCC, tak perlu nak ke Pavilion atau The Gardens untuk restock setiap bulan. 

Selalunya kalau di KLCC, Madam Kwan la menjadi pilihan, malas nak pilih tempat lain, selalunya the boys pun makan sini, nak makan Nasi Bojari pilihan mereka tu la.