Nuffnang Ad

Wednesday, 11 November 2015

Hari sukan sekolah

Persiapan untuk sambutan hari sukan sekolah the boys memakan masa sebulan, dengan persiapan, latihan dan juga raptai. Sepanjang minggu sukan, senanglah sikit pakai baju sukan aje, tak perlu pikir nak gosok baju uniform sekolah. 

Majlis berlangsung di Stadium UIA, kena keluar awal pagi untuk mencari parking cos very limited. Anak-anak pun tak sabar nak join, nak suruh sampai seawal pukul 7 pagi. 

Tahun ni acara berbeza macam tahun lepas, semua anak-anak terlibat untuk acara perbarisan. seronok la masing-masing dapat berkawad atas padang. Tahun ni Danish mewakili rumah merah dan Ryan di dalam rumah kuning.

Danish menyertai perarakan kawad utama mewakili rumah merah. Bersungguh-sungguh training setiap hari sewaktu minggu latihan sukan.

Walaupun panas, semangat kesukanan tetap diteruskan.

Ryan mewakili rumah kuning dalam 2 acara, tak ingat pula acara apa. Tapi nampak seronok la dapat bersukan dengan kawan-kawan yang sama umur.

Ini salah satu acara yang Ryan masuk, membawa bola dalam senduk. Bersemangat sungguh melihat lari dengan penuh gaya.

Game kedua pun berlangsung tak lama lepas tamatnya game pertama. 

Ohhh, tengok gambar baru ingat apa game yang Ryan masuk. Untuk game kedua, acara kepit bantal rupanya. Patutlah tetiap malam practice sebelum tidur cara mengepit bantal dengan betul.

2-2 acara menang, tak ingat acara mana yang dapat pingat emas.

Seronok la dapat 2 pingat mewakili rumah kuning 

As for Danish, tahun ini tiada acara sukaneka cos Tahap 2 terlibat dengan acara padang sahaja. Untuk tahun ini, Danish masuk acara larian 200m individu dan juga 4x100 Lelaki.

Danish beria-ia suruh belikan kasut spike (tak tahu betul ke tak ejaannya) untuk dia menyertai larian ni tapi we all tak belikan, suruh dia pakai kasut biasa ajelah. Baru pertama kali kut masuk acara lumba lari.

Untuk acara individu 200m lelaki tak sangka Danish boleh pecut sekuat-kuat hati dan menjadi juara untuk acara larian tu. Bersorak mak pak sampai tak peduli akan orang lain. Kalau boleh turun track, dah lama dah kami turun.

Tahniah, Danish. Pun pulang dengan 2 pingat emas acara larian.

Ni geng larian team 4x100 Lelaki yang terdiri dari pelajar tahun 4 semuanya. I tak kenal nama, tapi perasan la selalu berkawan dengan Danish time sekolah, sama-sama jadi pengawas pun.

Rumah Merah buat pertama kali menjadi juara rumah sukan tahun ini. Satu pencapaian yang sangat hebat dari ahli-ahli rumah sukan yang begitu bersemangat untuk menjadi juara.

Tahniah Danish dan Ryan, walaupun panas tetap bersemangat nak bersukan. Walaupun mewakili rumah sukan yang berbeza, mujurlah dapat juga pingat masing-masing, kalau tak naya bergaduh berebut pingat.

Balik bersukan, semuanya kelaparan dan letih so makan pun yang ringan-ringan aje, soto ayam dan teh ais jadi hidangan lapik perut ajelah dulu. Balik rumah, rehat puas-puas dah bersukan satu hari berpanas di padang.

2 comments:

  1. Bestkan hari sukan utk anak2... tp anak sy baru ni x dapat joint..sebab tiba2 kena attact athma

    ReplyDelete