2 minggu sebelum cuti sekolah we all dah berjalan-jalan ke JB. Well taklah berjalan, just ikut Daddy Jack ada urusan di JB aje. Dah alang-alang exam dah habis so jom la kita ikut. Lagipun kalau JB, memang semua la nak ikut tambahan anak-anak sebab die hard fan for JDT, kan.
Lepas aje solat Jumaat, we all bergegas bertolak ke JB. Alhamdulillah, cuaca pun baik sepanjang perjalanan, cuma bila dah masuk area Johor, hujan sangat lebat so kenalah berhati-hati sikit.
Dah sampai JB, singgah stadium dulu. Daddy ajak pergi cari baju kat satu kedai ni tapi malangnya dah tutup beberapa minit sebelum we all sampai. Dahlah Sabtu tutup, Ahad buka tapi we all nak balik seawal pagi pulak.
Kenalah pergi kedai yang satu lagi, Boys of Straits yang terletak di tepi stadium ni aje. Ingatkan nak tengok aje, rupamya terbeli juga anak beranak ni.
We all stay at The Pan Pacific Hotel, hotel yang sering we all lepak bila datang ke JB selain dari Mutiara Hotel. Hotel kegemaran ayah juga ni. Entah bilalah nak datang JB bersama Ayah, Ibu dan adik-adik yang lain. CNY lepas, ada juga we all datang ke sini.
Hari Sabtu, follow Daddy Jack ke Sekolah Seni JB untuk satu acara rasmi. Cantiknya sekolah ni, tak sama macam bangunan sekolah biasa.
Daddy Jack menjadi perasmi majlis yang dianjurkan oleh his ex student yang mengajar disini. Kira macam Final project show dari pelajar-pelajar Tingkatan 1-4.
Selain menjadi perasmi, kena juga menjadi penyampai hadiah untuk beberapa pelajar yang mendapat anugerah.
Persembahan muzik dari pelajar-pelajar jurusan seni muzik. Katanya anak Jamal Abdillah pun ada di sekolah ni.
Bersama-sama Puan Pengetua dan juga AJK PIBG sekolah yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Malam pula adalah persembahan teater muzikal para pelajarnya.
Di luar auditorium ada dipersembahkan beberapa hasil pelajar yang terlibat. Tak sangka para pelajar tersebut dapat menghasilkan karya seni visual yang setanding dengan pelajar universiti.
Balik from sekolah seni, ambil anak-anak yang ditinggal di rumah makcik Daddy Jack and terus keluar pergi mencari makanan. Terjumpalah cafe hispter ini so sementara Daddy Jack ke kedai lain, me and Ryan lepak and makan dululah.
Dah lama dengar pasal roti titab yang terkenal di Kelantan, tapi belum merasa lagi nak sampai ke sana so jumpa disini pun jadilah. Salah satu tarikan makanan disini adalah Kacang Phool tapi sayangnya we all tak berani nak makan cos Ryan adalah G6PD deficiency and kacang parang adalah salah satu pantangnya. Mujurlah we all belum makan, rupanya bahan utama di dalam kacang pool adalah kacang parang !!!.
On the way balik ke hotel, singgah pula salah satu kedai ni Kedai Lanun Johor namanya. Ni pun antara kedai-kedai JDT juga ni. I ikut ajelah. Daddy Jack yang rajin mencari apa sahaja yang kena mengena dengan bola ni.
No comments:
Post a Comment