Nuffnang Ad

Wednesday, 25 November 2015

Berjalan berdua

Pagi-pagi Sabtu dah temankan Ayah dan Ibu ke Pasar Tani while Daddy Jack and the boys dah selamat ke padang bola di The Camp, One Utama. Lama dah tak menjenguk ke pasar tani, selalunya Sabtu berangkut ke padang bola. Ramai juga orang memborong ikan, mungkin cuti sekolah so masak untuk anak-anak aje.

Lepas drop kan anak-anak di Sunway Putra Hotel untuk rehearsal mereka, we all berdua bergegas pula ke Shah Alam cos officemate Daddy Jack menjemput majlis kahwin anak mereka di Tasik Shah Alam. Lama tak tak jejakkan kaki ke sini, dulu keje sini hari-hari lalu masjid negeri ini.

Konsep open wedding di tepi tasik. Mujur tak hujan and suasana pun tak panas sangat. Tersenyum melihatkan konsep minuman ala pasar malam ini. Sekarang ni macam-macam benda baru di majlis kahwin, tak tahu lah zaman anak-anak kahwin nanti, jangan makanan sampai dibungkus and take away ajelah sudah.

Kemudian singgah ke SACC pula cos faculty Daddy Jack ada buat pameran disitu, something related to keusahawanan rasanya. Ada jualan lukisan, hasil seni, urutan kaki malahan mendi session pun ada juga.

Dah nak balik tengok awal la pulak nak balik KL, so kita lepak di salah satu cafe yang terkenal di Shah Alam ini. Lama juga berpusing-pusing mencari rupanya di atas Ani Sup Utara di Seksyen 9 tu.


Banyak baca review this cafe is the bomb. Ada beberapa lagi cafe hispter yang berada di sekitar Shah Alam. Even salah seorang kawan di IG pun ada buka cafe juga di Shah Alam. Tunggu la nanti satu masa nak lepak sana juga, support kawan-kawan, kan.

Tak putus-putus pelanggan yang masuk ke dalam ini. Me and Daddy Jack tercengang juga bila tengok tempat ni sentiasa penuh dengan orang, mana yang datang secara berkumpulan ataupun just nak lepak sorang-sorang aje.

We all order Salted Caramel & Chocolate and also Saudagar Coklat cake berserta latte and air. The place memang happening sangat-sangat, really cosy untuk melepak. Cake pun sedap sangat, even masa we all duduk situ terus dah habis cake. maybe weekend so orang nak habiskan masa santai melepak dengan kawan-kawan. nanti akan datang and cuba lagi beberapa cake yang nampak sedap aje kalau tengok IG mereka ni.

2 comments:

  1. Alahai..dh lama x pi lepak2....bz ngan kerja je skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun curi-curi masa keluar berdua

      Delete