Cuti sekolah dah tiba, so apa rancangan kita dan anak-anak semua? Sure ada yang sibuk melancong sini sana, ataupun dah merancang balik ke kampung. Apa pun, selamat bercuti buat semua.
Sebelum cuti lepas, Danish dan Ryan terlibat dalam education excursion anjuran sekolah. Tahun 5 dan Tahun 2 tempat lawatan dan harinya berbeza. Danish terlibat ke Homestay di Sekinchan. Pagi-pagi bangun tidur dah bersemangat nak pergi trip.
Cikgu yang tolong ambilkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan disana. Ni di Kampung Haj Dorani, Sungai Besar. Melakukan aktiviti memancing di tali air, syok juga mak pak tengok anak-anak berpeluang melakukan aktiviti sebegini.
Aktiviti menangkap ikan di dalam bendang. dapat gambar ni thru whatsapp kelas Danish apalagi keriuh la mak pak takut anak-anak kena pacat apa semua. Danish pun agak penggeli tapi tak tahulah macamana perasaan dia berkubang dalam ni.
Riak muka pun nampak mcm geli aje, tapi kenalah cover kan nanti malu pulak dengan kawan-kawan.
Ryan terlibat ke lawatan di Farm in the City bersama kawan-kawan dan juga cikgu. Memang dah lama nak membawa ke sini tapi tak berpeluang langsung sebab hujung minggu aje penuh aktiviti dengan bola.
Seronok la semua anak-anak Primary 1, berkumpul nak naik bas untuk lawatan. Mak ayah pun bekalkan macam-macam jenis bekalan takut anak-anak lapar nanti.
Farm in the City ni lebih kurang macam mini zoo la, haiwan-haiwan yang jinak ada disini so anak-anak suka la dapat pat the animals, kan.
Dapat bagi makan ikan juga
Semuanya enjoy dapat buat lawatan singkat ke sini. Semua muka kepenatan bila mak pak tunggu di sekolah. Satu pengalaman yang baru buat semua anak-anak Primary 1.
seronoknyaa masing-masing.. Hj. Dorani tu mmg tekenal kan..
ReplyDeletekalo sebut Sekinchan mmg dialaa hehe..
yer ke, nanti nak pergi trip sini jugaklah
Delete