Nuffnang Ad

Wednesday, 25 November 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2015

Ahad lepas, berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik aka MAKA 2015 untuk sekolah Danish dan juga Ryan di Sunway Putra Hotel, KL. Majlis berlansung malam, tapi anak-anak diminta berkumpul untuk full rehearsal pukul 1pm sampailah berlangsung majlis malam tu. Tema malam itu adalah Red and Electric Blue, jenuh juga nak mencari warna baju mengikut tema cos memang tak banyak baju warna begitu.

Tahun lepas, majlis di dalam UIA aje, tapi kali ni mak pak nak tempat grand so kita dapatlah ballroom hotel. Tapi memang meriah pun dengan decor dan juga setting dewan malam tu. Untunglah bebudak yang tamat darjah 6, majlis graduasi penuh gemilang.

Setiap level diberikan satu slot untuk persembahan, so siapa nak join boleh and taknak join tak jadi masalah. So far, ramai juga anak-anak yang nak join untuk membuat persembahan sampaikan cikgu kena buat 2 slot untuk setiap level.

Pelajar Primary 6 diberikan peluang untuk berkoir tahun ini, tahun lepas dah buat roleplay Beauty & The Beast. Koir ke tak, persembahan pun dah cukup hebat dah.

Alhamdulillah, Danish masih mengekalkan kecemerlangan di dalam akademik walaupun sibuk dengan bola. Seimbanglah diantara bersukan dan juga akademik. Walaupun awal tahun hari tu kena ponteng seminggu pergi konvo Daddy di Adelaide, pastu cuti sekolah bulan 6 main bola di Bangkok, then bulan September pula ke Sabah untuk Borneo Cup sampai terpaksa penteng sekolah 2 hari. Insyallah, tiada aral melintang dapatlah naik kelas no 1 untuk tahun hadapan.


Makanan malam itu bolehlah menepati selera, taklah sedap giler-giler tapi just nice aje. Dessert pun sedap, and kopi pekat pun sedap.

video
As for Ryan, tak dapat naik pentas untuk menerima anugerah tapi membuat persembahan mewakili Primary 1. I tak kisah sangat, sebab Ryan masih nak membiasakan diri dengan sistem pelajaran peringkat rendah. Tambahan pula dengan KBAT ni even kita yang parents pun masih terkial-kial nak memahamkan soalan-soalan yang disediakan. Tak apa, Ryan, kita sama-sama cuba and usaha lagi untuk tahun hadapan ya. Persembahan Ryan ni yang group kedua for Primary 1. Group pertama buat tarian tradisional, Dikir Puteri. Tengok video-video yang cikgu hantar masa practice okay la, sekali bila pakai baju lengkap sekali dengan mask, menjajau nak cari mana satu la Ryan Irfan ni. Bila belek and telek puas-puas perasan dah yang hujung sekali tu Ryan Irfan saya.

Majlis berakhir nearly jam 12am. Muka the boys pun dah agak letih maklumlah dari pukul 1pm berada disini dengan full rehearsal lagi. Keluar parking, Ryan cakap "la, dah malam ke, Mummy?"...kesian. Dalam kereta semua mengadu lapar so bila tanya nak makan mana, masing-masing dah tak larat nak pikir terus ajak balik sebab dah letih. Udahnya masing-masing tidur dengan pakaian uniform sekolah dan juga baju menari.

4 comments: