Nuffnang Ad

Sunday, 28 August 2011

Iftar pertama bersama keluarga

Sampai aje di KLIA, Ayah terus cakap kita pergi KLCC, shopping untuk the boys. I tanya Daddy Jack, die okay ker tak sebab die agak pening sikit masa dalam flight tadi, die okay aje. So kami ke KLCC, Punyalah ramai orang, maybe sebab ada yang balik kerja dan ada yang jalan-jalan sambil membeli belah. Tapi, we all just pusing-pusing aje tengok barang-barang untuk the biys sebabnya nak mengejar waktu berbuka pulak. Ayah dah booked for all of us untuk berbuka di Traders Hotel. Im so happy dapat jumpa semua my siblings, inlaws and anak-anak saudara.

Semua datang, ada yang datang lambat sebabnya balik kerja, kan. Tapi bila dah berkumpul, macam-macam cerita keluar. Antaranya, I bakal dapat seorang lagi anak saudara baru bila my sister, Didi pregnant. Baru aje pun , dijangka bersalin tahun depan.

Ohh, si kerinting nie suka sangat bila jumpa sate. I tak pandai lagi buat my own sate, tak pernah nak buat lagi. Maybe balik nanti cuba jugak buat sate..kalau tak pandai cucuk kat lidi, just bake in the oven ajelah.

Perubahan ketara pada pipi Ryan, habis merah giler sebab maybe cuaca kan. Masa mula sampai KLIA, memang terasa belengasnya badan dengan panas haba Malaysia, tapi walaupun Malaysia nie panas, I still like the weather, after 2 bulan kesejukan di Adelaide.

My kerinting nie selain aktif kat atas flight, ingatkan adalah macam keletihan bila dah sampai, rupanya tak. Makin bertambah aktif bila jumpa geng, lari sana ke mari. Lepas tu makan tak henti-henti.

My Dim Sum..lama tak makan dimsum

Cempedak goreng and cucur durian

My main dish...bayangkan baru sampai, kepala pun pening-pening lalat lagi so tak dapat nak menikmati makanan yang banyak dan sedap-sedap kat situ. Cuma tengok ajelah my siblings menikmati makanan-makanan yang lain.

Chococlate fountain, mula nak ambik tapi bila tengok chocolate warna kuning terus rasa macam pelik aje.

Dessert bar, semuanya sedap-sedap bila nampak kuih-kuih melayu, ada kuih lapis, lopes, badak berendam, macam-macam jenis kek dan agar-agar..semuanya nampak sedap aje.

Kuih goreng-goreng, I balum makan goreng pisang puas-puas sebab dah lama tak merasa makan pisang goreng kat Adelaide.

Ikan bakar section, merasalah jugak ambik ikan kembong walaupun macam nak tak nak aje nak makan masa berbuka tu.

Makanan memang banyaki, ada western section and also Japanese tapi I memang tak larat nak makan banyak-banyak sebab takut terkeluar balik semuanya. Apa-apa pun semuanya nampak sedap di mata tapi apakan daya, masih pening-pening lalat lagi.


Saturday, 27 August 2011

Balik kampung..ohhh..balik kampung

Selasa lepas, kami sekeluarga telahpun selamat kembali ke Malaysia buat kali ketiga untuk tahun ini. Kali nie kami ambil flight pagi dalam pukul 9 untuk berlepas ke Malaysia. Dah 2 kali ambil flight petang so kali nie nak cuba naik flight pagi pulak. Ingatkan tak ramai yang naik flight pagi, hmm tak juga. Mat salleh memang suka naik MAS nie berbanding dengan Qantas, katanya selesa and murah.

Perjalanan kali ini mencabar sungguh, Ryan dah semakin lasak dibuatnya. We all pulak lupa nak bagi ubat untuk tidurkan die sebab pikirkan dah bangun seawal jam 5 pagi, sure mengantuk giler, rupanya tak, bertambah aktif pulak tu.

Danish okay aje, tunggu nak main games and tengok movie aje. Tambah suka bila ada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, so layan cerita tu aje sepanjang perjalanan.

Tahun nie dah 3 kali kami balik Malaysia, so perasaan tu biasa aje. Tak sama macam masa first time balik dulu. Lagipun jarak masa balik kali kedua dulu pun tak lama, dalam 2 bulan aje. Lagipun balik nie ada benda penting yang kena uruskan dulu selain menyambut hari raya, kan.

Macam-macam perangai my kerinting buat dalam flight nie, duduk bawah kerusi, tumpahkan makanan dan macam-macam lagilah. Oh, pening dibuatnya.

Bila time the crew nak serve food, I terus telan air liur ajelah, maklumlah puasa kan. Kalau naik flight petang, bolehlah berbuka atas flight tapi since ambil flight pagi, so kenalah telan air lir ajelah. As for that day, they all served nasi lemak and omellete for main dish. Alamak !!! dah lama tak makan nasi lemak nie. So, both boys ambil each dish. At this time, Ryan dah tidur so I mintak the crew untuk simpankan untuk die, so nanti bila die bangun tido, baru bagi.

Berselera sungguh Danish makan nasi lemak. Bau pun menyusuk hidung..hmm, sabar...sabar puasa. Bagi kami yang berpuasa nie, lami minta the crew untuk pack up kan our makanan so nanti bawa balik aje.

Entah kenapalah, masa dalam flight nie, berselera sungguh la tengok Danish makan. Adik die punya makanan pun die hentam jugak. Kebetulan pulak, the crew baik sangat dengan my boys, banyak benda yang the boys dapat, soft toys, colouring books, sticker and macam-macam lagilah. They even buatkan cornflakes and bagi air milo and some biscuit untuk the boys. So, apa lagi, Danish cicah air milo dengan biskut la dalam MAS...hahahahaha.

At first pikir nak balik rumah naik ERL ajelah, nak bagi the boys merasa balik naik train tapi after dah pening-pening lalat semuanya so we all balik naik kereta ajelah. Lagipun ayah and Ibu dah tunggu kat KLIA. Plan asal Ayah lagi kelakar, Ayah cakap suruh aje driver ayah ambil barang, then Ayah dan Ibu sama-sama balik naik ERL..hahahah, tak payah lah..so sampai aje pintu ketibaan, terus cakap kita balik terus naik kereta.

Balik kali nie tak bawa beg besar, hanya bawa 2 beg kecil and satu kotak sahaja. So tak payah susah-susah nak angkut masa nak claim baggage. Lagipun, kami balik kali nie tak lama, cuma 2 minggu sahaja.

Daddy Jack kata, kali nie kita light travel aje, tak payah nak angkut banyak-banyak barang dah. Dalam beg tu pun hanya beberapa baju aje...tapi tak tahulah masa balik Adelaide nanti..adakah beg-beg itu akan beranak ? Hmmmm, kita tunggu ajelah lagi 2 minggu yer

Friday, 26 August 2011

Iftar malam terakhir di Adelaide

Malam terakhir kami di Adelaide, kami diundang ke rumah Kak Azie untuk iftar. Kata Kak Azie, tak payah la nak pikir-pikir masak dah..dah nak balik KL dah. Macam sayu aje bila Kak Azie cakap macam tu sebab Kak Azie tak balik, beraya di Adelaide sahaja. Tak apa Kak, tahun depan akak sure balik beraya di Malaysia.

I menghabiskan apa yang ada dalam fridge aje untuk dibawa ke rumah Kak Azie, antara yang I boleh terpikir nak buat is Cucur Udang Geragau. Kebetulan pula, ada sepaket udang geragau dalam pantry cabinet so habiskan takut rosak pulak nanti. First time juga buat cucuk guna tepung yang dibuat sendiri from scratch, selalunya guna yang ADABI tu aje. Nampak menjadi, so lepas nie tak payah la nak angkut bawak balik tepung cucur segera tu.

Teringin pulak nak makan keledek goreng lepas tengok kat supermarket keledek yang besar-besar. Tambah pula bila tahu Kak Azie buat soto, sure ada sambal kicap..hmm apa lagi keledek goreng cicah sambal kicap, terangkat la sikit.

Samosa, Ryan cakap nak karipap, karipap

Puding, specialty dari Kak Azie

Acar

Nasi Impit untuk dimakan sebagai soto

Bahan-bahan untuk soto. Kak Azie buat soto untuk pertama kalinya untuk Daddy Jack yang tak makan nasi.

Kak Shidah pun turut datang memeriahkan majlis iftar. Kebetulan pula, Hj Arif dah kembali ke Malaysia petangnya so Kak Shidah datang dengan anak-anak sahaja.

Makanan yang Kak Azie sediakan penuh meja...semuanya sedap.

Semuanya berselara nak makan mcm-mcm makanan yang ada di atas meja

Kak Azie dok risau semua tetamu taknak duduk kat kerusi meja makan...heheheh, dah terbiasa la kak, makan kat bawah, seronok aje.

Menu utama adalah Nasi Kabsah yang Kak Azie import khas dari Arab..heheheh taklah..Kak Azie minta Najwa tolong ajarkan macam aman cara nak buat nasi kabsah nie. Najwa memang terror bab-bab buat nasi Arab nie. Nanti I pun nak belajar jugaklah. Terima kasih buat Kak Azie sekeluarga kerana menjemput kami untuk iftar dan juga bungkuskan makanan untuk sahur.

Asyik pergi rumah orang aje, so kali nie tukar pulak

Ahad lepas, we all decided untuk membuat majlis berbuka puasa untuk rakan-rakan terdekat, nak ajak ramai-ramai macam I cakap memang mustahil sebab ruang yang terhad, lagipun nak buat terawih rasa tak selesa pulak. I start masak pun dah tengahri, dok pung-pang kat dapur sorang-sorang while Daddy Jack dok mengemas rumah and layan the kids. I buat 2 section, satu makanan masa berbuka, dan satu lagi section lepas sembahyang maghrib. So, the first section tu I managed to buat kuih lopes, nasi goreng and sizzling mee. Then may tetamu bawa lots, and lots of kuih..ada kuih gulung, pau goreng kacang and kuih keria.

Tetamu dah mula datang while Im still doing my last minute touch up. Terus macam agak kelam kabut sikit. But, my tetamu pun faham kan, so they all dok layan bersembang sesama sendiri while Im busy menyiapkan mana-mana yang patut.

Anak-anak pun seronok berjumpa sesama mereka, maklumlah masa winter nie semuanya duduk dalam rumah aje, tak keluar pergi park atau rumah kawan-kawan. So, bila dah berkumpul macam nie, memang lah seronok.

For the main dish pulak, I decided masak nasi aje. Walaupun Daddy Jack tak makan nasi, takkan lah I nak masak mee pulak untuk my tetamu, kan. Kang ada pulak yang balik rumah masing-masing kena makan benda lain pulak. Lagipun I ada sediakan mee juga untuk Daddy Jack makan waktu berbuka puasa.

Ayam Masak Merah

Ikan Bakar from Surah. Seronoknya dapat makan ikan, nanti after bulan puasa nak makan ikan balik. Dah lama betul tak makan ikan nie.

My first time buat Pajeri Bombay, Alhamdulillah menjadi. Sedap pulak tu, bila makan dengan nasi beriani.

Daging tak ada nak buat kurma so buat kurma telur ajelah

My nasi beriani, first time buat guna rempah Faiza yang dibawa dari Malaysia, sedap juga rempahnya.

Danish request nak makan nasi impit kuah kacang. Nasi impit tu memang dah buat lebih on Sabtu so cuma kena buat kuah kacang ajelah.

See, ruang yang sempit tu, hanya sempat buat solat Maghrib berjemaah aje. Itupun yang wanita kena sembahyang individu dalam bilik.

Kaum bapa duduk makan atas lantai aje, minta maaflah yer. Kerusi semua dah kena lenjan dengan anak-anak yang sibuk bermain dengan gembiranya. I wish I have a bigger house so that boleh occupied semua yang datang.

Anak-anak seronok main dressed up apa bagai, mujur lah rumah sebelah tu kosong, kalau tak boleh tension die dengar hiruk pikuk dari rumah I.

I buat majlis berbuka puasa nie sempena nak meraikan kawan I yang nak balik dah, Kak Imah yang bertudung merah. Kak Imah dah selamat menghabiskan pengajian die selama 3 tahun dan akan kembali on 3rd September nanti. All the best, kak. Dah alang-alang buat makan-makan, ajaklah my usual gang, Kak Azie, Surah dan juga Izzah.

Geng bapa yang akan kehilangan lagi seorang geng mereka, Abang Nazri, suami kepada Kak Ima yang duduk sebelah Daddy Jack tu. All the best di Malaysia.