Nuffnang Ad

Friday, 22 March 2013

for Ayah and Ibu, hanya ini yang ku mampu

Masa we all habiskan masa ke Singapore and JB, sempatlah kan pergi JPO. I tak membeli apa pun tapi sempatlah menyambar 2 barang from COACH Outlet, bukan untuk I tapi untuk Ayah and Ibu. Hahahaha, I kan pencinta COACH, so hadiah untuk Ibu and Ayah pun kenalah COACH juga walaupun ada Burberry, DKNY, Ralph Lauren dan macam-macam lagi. Mana boleh derhaka, kan.  Tapi bila I dah bei sampai 2 barang, tanya la juga samada ada free gift like calendar or note books, tak ada...just bagi mineral water ajelah. Hahahahah, tak apalah, janji mineral water from COACH, mana nak dapat, kan.
 
 Hadiah untuk Ibu. Ibu memang mcm I suka pakai handbag besar-besar sebab nak letak mcm-mcm barang dalam tu. adakalanya telekung pun boleh muat letak dlm beg.

Sorrylah Ibu, Yong ni tak kerja lagi..tunggu tahun depanlah Yong belikan handbag atau barang lain untuk Ibu. Ini ajelah yang termampu untuk berikan pada Ibu as a birthday present.

Lupa pulak nak ambil gambar hadiah untuk Ayah, sempat ambil gambar kotak ajelah. I belikan Ayah leather travel kits, senang Ayah nak letakkan degala documents like passport and moneys dalam tu.  
Hah, sempat google dalam COACH. com cari. Macam ni la bentuk beg I bagi pada Ayah tu. I selalu baca juga dalam a few blogs yang cakap COACH kat JPO tu banyak juga fake products sebab tak pernah nampak kat boutiques di KL. NOPE !!! they not selling any fakes cos the products are out of season and ada yang diimport from Singapore and US directly. Memang pun masa I pergi JPO tak pernah nampak certain pattern di KL tapi bila tengok dalam katalog, mmg ada. So no fakes in JPO yer.


I love my flats

Balik Malaysia lepas, dapatlah Vip invitation from Coach for early access for their end of the year sale. Dapatlah tengok pre-sale mana-mana handbags dulu. Before this, I pun dah beli handbags kan so balik ni teringin pulak nak beli kasut.

Dah ada sepasang sebelum ni, so rasa nak menambahlah pulak another pair, kan. Masa beli handbag dulu, mmg cari kasut tapi the SA cakap the shoes collection dah tak ada cos pihak new management dah tarik balik jualan kasut COACH di Malaysia ni cos ada some kontroversi regarding the pig lining. Masa tu, I pun tunjuklah my kasut lama tu samada yang itu okay atau tak, manalah tahu kan, selama ni pakai selsesa aje tahu-tahu berkulitkan babi. Lega bila SA cakap yang itu okay cos made with sintetik. Phewwwww !!!!

Masa pre-sale ni, ternampak ada jual kasut pulak, bila tanya SA di KLCC ni they all cakap ini stock kasut yang last di Malaysia, cos it fully sintetik so tak tahu bila akan ada lagi shoes collection ni. Actually I hate flat shoes, bukannya apa sebabnya kaki I ni jenis melebar, so if pakai nanti mcm agak kelakar kan. Tapi demi COACH, sanggup jugaklah beli. Hello Carson !!

SA ni sangat baik, layanan tip top. Hopefully bila I balik nanti die masih ada di KLCC

Okay, done with shopping. I ni asyiklah lupa nak buat entry how to detect the fake coach. Ramai juga orang yang bertanya. Nanti I buatkan yer.

Thursday, 21 March 2013

Dah habis LEGO, Hot Wheel pulak

Dah habis gilerkan LEGO, ingatkan dah settlekan semua hal toys ni sekali Hot Wheels pulak masuk dalam senarai. Yer, memang dah ada pun some of Hot Wheels collection yang dibeli masa mula datang dulu, berkotak-kotak beli. Rasanya bila bab toys ni, bukan anak yang lebih, tapi Daddy Jack yang lebih sudu dari kuahnya.

Dah tak terbilang dah koleksi kereta yang macam ni

Memang la kalau lalu kat aisle toys ni I rasa bosan sangat, sebabnya memilih toys punyalah lama, so I sanggup pi bahagian kitchenware and belek-belek apa yang I berkenan. Bila dah habis pusing satu mall, they all masih memilih lagi.
 
For those yang jadi collector Hot Wheels ni, memang sukalah kan sebab banyak lang loose dijual disini, harga pun lebih kurang AUD2 aje sebiji.

Mega Garage ni we all masa mula-mula sampai Adelaide dulu, ni pun masih duduk dalam garage and belum buka lagi. 

Budak ni yang minat main Hot Wheels. Ada satu yang untuk CARS punya, Ryan memang suka tapi masa tu tak tahu nak pilih beli yang mana, hati mcm goyah nak lego atau hot wheels , so tengok Danish pilih Lego so die pun ambil lego. Tapi Daddy Jack kan tak sampai hati, 2 minggu lepas tu, dibelikan pulak CARS yang Ryan minat tu.

Walaupun minat Lego, Hot Wheels, Xbox, PS3 dan macam-macam mainan yang moden tetapi I berusaha memupuk the boys untuk tahu main some of the traditional game that is Congkak. We all siap bawa this cute and handy congkak from Malaysia, nak main as family fun time bila ada waktu lapang. Alhamdulillah, the boys suka main congkak ni walaupun pada mulanya macam agak susah pada mereka.
 

Wednesday, 20 March 2013

Jom beli ayam

We all selalunya beli our poultry stock kat kedai Afghan di Prospect Road aje tapi bila terlebih rajin atau tak tahu nak pergi mana, pergilah beli ayam di kilang terus di Gourmet Poultry di Cavan Road tu. Selalu pergi sampai awal cos after hantar Ryan and Danish ke sekolah terus pergi sini. Kedainya buka pukul 10am so selalunya pukul 930am we all dah sampai, so kenalah tunggu dalam kereta dulu kejap.

Kat sini cuma jual ayam sahaja, daging lembu atau lamb tak ada. Dah namanya kilang ayam kan. Tapi banyak pilihan disini mcm sausages ni, ada macam-macam. If di Aghan cuma ada lamb or chicken sausages tapi disini siap ada yang pedas whether hot or mild, then ada yang letak herbs dll lagi.

Selalu di Aghan tak ada jual mixed portion tapi di Gourmet ni ada jual. Dulu mixed portion ni murah sikit, tapi dah naik harga pulak. Pada yang tak makan wings atau thigh memang syoklah makan mixed portion ni.

Tokey beli ayam saya. Rimas dengan rambutnya yang panjang, ajak potong tak mahu..tunggu nak submit apa tah katanya. If die potong rambut, I buat kenduri kat Adelaide ni.

Selain sausages yang pelbagai rasa, ada juga sisi ayam yang dah dimarinate dijual. Mat sallehkan mana makan ayam-ayam yang bertulang ni, even ikan pun so semuanya kena dibuang tulang untuk memudahkan mereka makan.

I selesa makan thigh aje. If makan KFC pun bila beli ayam, minta thigh and drusmtick banyak walaupun adakalanya direject sebab bahagian lain pun kena ada jugak. Alamak !!! tulis psl KFC, rindu pulak nak makan KFC yang beli, malas nak buat sendiri.

Chicken wings kena sentiada ada dalam stock. Selalunya I buat goreng aje senang the boys nak makan. Drumstick pun kena ada juga, gara-gara tengok Upin Ipin so nak ayam goreng pun sama macam Upin jugak.

So beli sekotak chicken wings terus, buat stock
 

Tuesday, 19 March 2013

Picnic time

If cuaca elok, which warm and sunny aktivity berpicnic sangat best. Tambah pula bila siang panjang so lepak sampai pukul 8 pun mcm terasa pukul 5 petang aje kalau di Malaysia. Lagipun nak bagilah anak-anak bersosial dan juga beriadah di petang hari, dari duduk dalam rumah main games and bergaduh aje so baiklah keluar and main bola di padang.

While the mothers busy bersembang sambil bertemu kawan baru di padang. We all sempat bertemu Robin yang kebetulan membawa anak dan juga kawannya bermain di park ini. Robin ni English teacher in Tafe and boleh berbahasa Melayu yer. Dia pernah duduk di Bali bersama bekas suaminya. Anaknya sangat handsome but she said susah juga jadi handsome ni, nanti ramai perempuan yang nak..hahahahha. 

Lego Chima pulak

I kan kalau Daddy Jack ajak ke Tea Tree Plaza memang suka cos banyak shopping mall under one roof. Puaslah jalan ke Tarhet, Kmart, BigW even Myers. Sayangnya David Jones aje yang tak ada disini, so nak ke DJ kena lah ke city. Tapi dalam seronok-seronok tu ada juga yang tak seronoknya, Bila masuk Target sure stress kejap cos semua akan menuju ke toys section dulu. 
 
The boys love LEGO so much, duduk Adelaide ni macam-macam jenis lego set dah ada, Ninjago, Star Wars, City, Harry Potter, dan macam-macam lagilah sampaikan I pun dah lost track dah. Itu LEGO, itu belum lagi CARS collection, Thomas, WWE apa sahaja lah. Dan sekarang, sibuk pula menambah their LEGO collection, kali ni CHIMA pulak.

Ohhh, stress kejap dibuatnya bila anak and bapa mula memilih toys. Dulu everytime keluar akan beli toys and nowdays since tak lama lagi nak balik setiap bulan baru beli. If you all only knew berapa banyak dah toys yang we all kumpul selama 3 tahun duduk Adelaide ni, ada tu masih dalam kotak, tak buka lagi.

Yeah, memang tak dinafikan. LEGO its good for thinking and creativity skills. Even I pun bila the boys dah start beli LEGO tu pun dah terjebak sama tapi sayangnya tak ada pulak LEGO khas untuk girls. Ada tu memang ada, Friends LEGO tapi so childish sangat so nak rasa best, layan ajelah LEGO yang the boys beli ni.  

Monday, 18 March 2013

Gala Tshirt Presentation

My boys this year, dua-dua we all masukkan ke Campbelltown City Soccer Club. Danish now is with U8 Black team and Ryan is U6 team. Training Danish on Wednesday and Friday from 6-7 and Sunday is the game day while Ryan training and trial game on Sunday only. So sekarang, masa untuk ke Sunday Market sangat terhad. Kebetulan 3 minggu lepas, The Campbelltown City Soccer Club menyambut their 50th Anniversary and menganjurkan Gala Tshirt presentation untuk para pemain. I tak pergi sebab menyambut ketibaan orang baru yang akan sampai from Malaysia. So, just Daddy Jack yang menemankan the boys.

Ada motoshow dan juga beberapa pameram yang lain. Merasalah Danish naik Hummer and duduk dalam tu kejap.
 
Ryan with his teammates for U6
 
Danish with his old teammates for U8 Black






Bangga dengan my boys, Insyallah balik Malaysia nanti I will carikan the soccer schhol yang baik untuk mereka. Dah ada a few juga yang I buat survey untuk mereka sambung skill mereka. Ada yang international and ada juga yang local. Apa-apa pun, yang penting nak settlekan sekolah dulu bila balik nanti yer.
 

Friday, 15 March 2013

Picnic BBQ


Aktiviti riadah kali ketiga kali ini disertai dengan acara berBBQ di park. So lagilah meriah dimana setiap jemputan membawa ayam/lamb/beef untuk dibakar then dikongsikan bersama tetamu yang lain.
 
Cuaca yang agak baik, taklah terlalu panas atau sejuk..just nice for lepak-lepak sambil berbual mesra dengan rakan-rakan yang seminggu tak jumpa. Makanan jangan cakaplah, penuh meja. Siapa kata susah nak dapatkan makanan if duduk di oversea? Tak, mcm-mcm jenis makanan ada.

As usual, budak-budak boys bermain bola while the girls duduk bersembang bercerita hal girlish like One Directions, art and crafts and so on. Mak-mak and ayah-ayah duduk bersembang di tempat makan while sambil makan sambil bercerita hal ehwal dapur, belajar dan juga apa sahaja.

Kebetulan pula, beberapa hari sebelum majlis riadah berlangsung, Is celebrate birthdaynya yang ke belasan (hahahahha, kena belanja I tau, Is) tahun so we all yang ada ni decided untuk buat some suprises untuknya dengan membelikan sebiji cake. Itu ajelah yang we all mampu, Is. Nak belikan Corning ata Corelle pun telan air liur ajelah.