Nuffnang Ad

Saturday 24 October 2009

Rumah Terbuka Ayah

Hopefully tak lambat lagi nak post entry about Hari Raya kan.....since raya lepas, ayah decided untuk beraya di KL instead of Kuantan kerana Sultan and MB of Pahang tak buat rumah terbuka cos untuk mengelakkan penularan wabak H1NI but ayah still nak buat jugak rumah terbuka untuk kawasan Parlimen Paya Besar dan jugak 3 Adunnya. Kira mcm rumah terbuka Parlimen Paya Besar.

Only me aje yang balik untuk memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka nie. Adik-adik I yang lain ada komitmen lain so maybe next time la yer. Makanan mmg banyak giler, ada me jawa, laksa Penang, Laksa Pahang, rendang, nasi tomato dll. Konsep kali nie macam ala-ala gerai so gerai-gerai tu dibuat khas untuk tetamu yang datang.

Turut memeriahkan lagi majlis rumah terbuka nie adalah warga tua dan juga OKU

Ramai juga yang berkunjung ke rumah terbuka nie, berbilang bangsa dan juga di peringkat umur, sama-sama menjayakan majlis ini.

Gerai air tetap menjadi tumpuan utama, lagipun hari mmg panas giler. Kebetulan ada juga org yang buka gerai cendol, lagilah ramai yang serbu.

Ryan ngan bubur nasinya tapi sekarang nie die dah tak berapa nak makan bubur nasi sgt. Maybe dah muak ngan bubur nasi, so I just bagi die makan nasi biasa ajelah.

Di samping itu juga, ayah turut menyumbangkan sumbangan untuk bakal-bakal haji tahun ini seramai 80 orang. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Moga mendapat haji yang mabrur hendaknya.

Ibu pun tak ketinggalan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di sekitar kawasan Parlimen ayah.

Daddy Jack dok sibuk nak ajak balik cos nak ke tempat lain pulak but Danish dok ralit makan lagi.


1 comment: